‘Alhamdulillah’ – Reaksi Benjamin Mendy Selepas Dibebaskan Daripada Semua Pertuduhan

Benjamin Mendy bertarung melawan beberapa pertuduhan jenayah berat berkaitan pemerkosaan dan cubaan memperkosa.

Kira kira enam wanita mendakwa Mendy merogol atau cuba memeperkosa atau cuba melakukan serangan seksual.

Namun begitu kesemua pertuduhan ke atas Mendy akhirnya digugurkan oleh juri. Benjamin Mendy ternyata sangat bersyukur di atas keputusan juri.

Dia menegaskan dia tak pernah melakukan hubungan kelamin tanpa kerelaan mana mana wanita. Dan menafikan pernah mengunci wanita di dalam rumahnya sambil menyembunyikan telefon pintar mereka.

Mendy mengakui dia seringkali meniduri wanita dan berpesta dengan wanita wanita ini namun tak sesekali dia memperkosa mereka. Kesemua tuduhan ke atasnya adalah palsu.

Dia menegaskan statusnya sebagai pemain bola sepak sangat mudah baginya mendapatkan mana mana wanita dia sukai dan membawa mereka balik. Namun dia konsisten menegaskan bahawa kesemua wanita yang dibawanya pulang adalah atas kerelaan mereka.

Ketika berada di luar mahkamah, Benjamin Mendy hanya mengeluarkan kenyataan ringkas iaitu: ‘Alhamdulillah’.

Dia memutuskan untuk berdiam diri daripada menjawab segala persoalan diajukan kepadanya. Ini termasuk soalan wartawan yang mahu tahu sama ada dia sudah bersedia untuk memulakan sekali lagi karier bola sepaknya.

Kariernya hancur kerana cinggey. Kini dia bergelar pemain ejen bebas kerana kontraknya dengan Man City tamat Jun lalu.

Kali terakhir dia menerima gajinya adalah pada September 2021. Di mana kelab memutuskan untuk menggantung gajinya sepanjang dia dibicarakan.

Benjamin Mendy malah pernah dipenjara kerana kes tersebut.

Ramai mengucapkan tahniah kepada Mendy dan bertanya apa jadi dengan wanita yang membuat tuduhan palsu ke atasnya?

Ini kerana sudah banyak kes wanita membuat tuduhan palsu dibiarkan begitu sahaja dan mangsa mereka.

Seterusnya ramai juga menasihatkan Mendy agar tidak terjebak lagi dengan cinggey yang ternyata mampu menghancurkan kariernya.