Aliff Syukri Terkejut Dan Sedih Tak Dapat BPN

Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri meluahkan dia terkejut dan kecewa apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) beliau tak lulus.

Datuk Aliff Syukri merupakan jutawan terkenal dengan tagline terlajak larisnya. Beliau mengeluarkan bermacam macam produk kosmetik serta kecantikan.

Tetapi beliau kecewa kerana tidak layak menerima BPN. Beliau berkongsi hasil semakan BPN beliau dengan para pengikutknya.

Menerusi entri di facebooknya, Datuk Aliff Syukri berkata:

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan.”

“Saha nak semak, saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai.”

Lagi teruk dari 1997

Seterusnya Datuk Aliff Syukri merasakan impak koronavirus pada hari ini adalah lebih teruk daripada zaman kegawtaan ekononmi pada 1997.

Kesannya, pendapatan hasil jualan beliau merudum dan merosot sehingga 90%.

“Rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan?”

“Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90 peratus.”

“Hanpir semua bisnes tutup. Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola [corona] ini.”

Terima kasih kepada penyokong

Kemudian, Aliff Syukri menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua penyokong setia produknya, walaupun sedikit, pada ketika ini.

“Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak banyak tapi sedikit.”

Beliau berharap kerajaan akan dapat memberikan pengurangan cukai kepada individu seperti beliau serta pengusaha IKS yang lain. Ini untuk meringankan beban mereka.

“Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya, IKS yang lain untuk meringankan beban kami.”

“Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak banyak tapi sedikit.”

“Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya, IKS yang lain untuk meringankan beban kami.”

Ada beberapa pengikut Datuk Aliff Syukri memintanya untuk menghantar rayuan, kot kot dapat selepas ini.

Ada juga yang menyatakan Datuk Aliff Syukri sengaja cuba menghiburkan hati rakyat Malaysia.

Seorang lagi pengomen menyatakan bahawa dia simpati dengan Datuk Aliff Syukri yang sebelum ini hanya menjadikan pendapatan puluhan ribu menerusi YouTube sahaja – untuk isi minyak.

Tak kurang juga yang bertanyakan, perlu pergi ke YouTube tak untuk melihat sambungan penjelasan beliau.

BPN merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu mereka yang terkesan kerana koronavirus.

Apakah Bantuan Prihatin Nasional?

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Untuk maklumat lengkap bukan laman sesawang LHDN.

Baca yang lain