Aliou Cisse: Kisah Legenda Stail Rasta Yang Menamatkan Penantian Senegal

Susuk Aliou Cisse menjadi perhatian ketika Piala Dunia 2018 yang lalu. Mana tidaknya, beliau berimej rasta ala-ala Snoop Dogg ini berada di tepi padang.

Dan dalam kempen Piala AFCON 2021, beliau tetap dengan penampilan yang sama.

Beliau sebenarnya merupakan kapten legenda dalam sejarah bola sepak Senegal. Menjadi kapten ketika Senegal layak pertama kali ke Piala Dunia 2002.

Anda pasti masih ingat ketika Senegal mengejutkan Perancis dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002 bukan?

Pasukan Senegal 2002 dianggap antara pasukan terbaik dalam sejarah Afrika dalam kempen Piala Dunia. Mereka mara sehingga ke ke suku akhir.

Mereka menyingkirkan Sweden di peringkat 16 pasukan akhir. Namun tewas di tangan pasukan Turki pada suku akhir.

Pasukan yang beliau ketuai itu juga telah menjadi naib juara dalam Piala Afrika pada 2002. Aliou Cisse ada kenangan buruk dalam final. Beliau gagal menyempurnakan penalti pada penentuan menentang Cameroon.

Di peringkat kelab, pernah bermain untuk Lille sebelum berhijarah ke CS Sedan dan kemudiannya ke Paris St-Germain. Beliau juga pernah bermain untuk Montepellier sebelum pergi ke England.

Beliau bermain untuk Birmigham dan Portsmouth ketika di England. Debut di EPL, tidak seindah dijangka. Beliau dilayangkan kad merah dalam perlawanan debut menentang Arsenal.

Aliou Cisse memang dikenali dengan label ‘dirty player’ ketika bermain. Beliau tetap menjadi pemain kesayangan Steve Bruce ketika di Birmingham.

Namun selepas beliau pulang lewat untuk pra-musim, membuatkan Bruce hilang sabar. Beliau menyenaraikan Aliou Cisse untuk dijual. Beliau kemudian menyertai Portsmouth dengan nilai £300,000.

Kejurulatihan

Selepas bersara, beliau terus menyertai pasukan kejurulatihan. Beliau memang minat menjadi jurulatih. Beliau terlibat dalam kejurulatihan B-23 tahun Senegal untuk mempelajari ilmu kejurulatihan dan pengurusan.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi penolong jurulatih pada 2010 sebelum menjadi interim 2 tahun kemudian. Pada 2015, Aliou Cisse dilantik ketua jurulatih Senegal secara tetap.

Kejayaan terbesar Aliou Cisse sebagai jurulatih pastinya membawa Senegal ke Piala Dunia 2018. Beliau menjadi satu-satunya pengurus berkulit hitam dalam temasya kali ini.

“Saya adalah satu satunya jurulatih berkulit hitam di Piala Dunia, itu hakikatnya. Namun perlukan perkara ini diperdebat dan mengganggu saya?”

“Bola sepak ini sukan universal. Warna kulit itu perkara yang paling tidak penting.”

Lantas Aliou Cisse turut menyeru agar lebih ramai pengurus berkulit hitam bangkit selepas ini dan berada di pentas Piala Dunia.

“Jika di Eropah, ramai pemain Afrika ternama dan berkualiti berada di kelab besar. Namun kenapa kita tidak dapat melahirkan jurulatih berkualiti lebih ramai?”

“Dah tiba masanya kita memerlukan lebih ramai jurulatih Afrika berada di pentas tertinggi.”

Aliou Cisse bagaimanapun gembira dengan perkembangan jurulatih di Afrika yang lebih celik dalam soal taktikal moden bola sepak.

Beliau juga menaruh kepercayaan yang suatu hari nanti akan ada pasukan Afrika menjulang Piala Dunia.

Juara Afrika sebagai coach

Pada 2022, Aliou Cisse mencipta satu lagi sejarah baru buat Senegal. Kali ini beliau membimbing negaranya menjadi Juara Afrika untuk AFCON 2021 buat pertama kalinya dalam sejarah negara tersebut.

Kisah Aliou Cisse dan bola sepak Senegal ini terlalu banyak kisahnya. Dari kisah suka, duka dan kini kegemilangan nyata.

Aliou Cisse pastinya akan dikenang sebagai legenda sebenar bola sepak Senegal.

Beliau terbaring tidak dapat menahan emosinya ketika Sadio Mane menyempurnakan penalti penentuan yang memberikan kejuaraan buat Senegal. Pasukan yang memulakan zaman emas bola sepak mereka ketika Cisse menjadi kapten.

Daripada mengetuai negaranya menjadi kapten yang menegaskan juara bertahan Piala Dunia, kini beliau menjadi pengurus yang membimbing anak anak buahnya membanggakan negara mereka.

Cisse menebus kehampaan beliau ketika gagal menyempurnakan penalti di final dengan memberikan piala berharga dan mendakapnya sendiri ketika menjadi pengurus.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil