Alisha Lehmann Tak Puas Hati Douglas Luiz Dapat Gaji 100 Ribu Kali Ganda Lebih Banyak Daripadanya

Alisha Lehmann mengadu bahawa teman lelakinya Douglas Luiz memperoleh ‘100,000 kali ganda’ daripada apa yang dia dapat walaupun melakukan pekerjaan yang sama.

Alsiha Lehmann mengikut teman lelakinya Douglas Luiz keluar dari Aston Villa pada musim panas ini ketika pasangan itu menandatangani kontrak dengan kelab gergasi Serie A, Juventus.

Ianya sebahagian syarat diletakkan Dougas Luiz untuk menyertai Juventus. Di mana dia mahu kelab itu turut menandatangani teman wanitanya.

Dan kini, Alisha bengang memikirkan gajinya beratus ribu ganda lebih rendah berbanding Douglas Luiz walaupun mereka melakukan pekerjaan yang sama iaitu bermain bola sepak di peringkat tertinggi.

Pemain tengah itu baru-baru ini berkongsi rungutannya mengenai perbezaan skala gaji pemain bola sepak lelaki dan wanita sambil mendakwa pasangannya menghasilkan ‘100,000 kali lebih banyak’ daripadanya.

Walaupun gaji sebenar pemain masih tidak diketahui, gergasi Itali itu membelanjakan €50 juta untuk menandatangani pemain antarabangsa Brazil itu manakala Lehmann datang dengan bayaran €50,000 seperti yang dilaporkan.

Bercakap kepada La Repubblica, pemain berusia 25 tahun itu berkata: “Saya bukan bintang, saya orang biasa. Saya pulang ke rumah, saya memasak, saya melakukan perkara yang sama seperti orang lain. Selepas latihan, saya sering memberitahu Douglas bahawa ia adalah tidak adil kami melakukan kerja yang sama, tetapi dia memperoleh pendapatan seratus ribu kali ganda lebih daripada saya.”

Lehmann telah pun menjadi antara mesin gol di Juve, membuka akaun Serie A dioa dalam kemenangan 6-3 ke atas Sassuolo. Pemain itu seterusnya akan dilihat beraksi pada hari Rabu ketika Itali menentang Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara Wanita.