Alisson Becker, Terbaik Dunia Ketika Ini

Allisson Ramses Becker yang lebih dikenali sebagai Alisson ialah seorang pemain bola sepak profesional kelahiran Novo Hamburgo, Brazil.

Alisson merupakan seorang penjaga gawang bagi pasukan Brazil dan Liverpool. Tidak keterlaluan jika Alison boleh dikatakan sebagai seorang penjaga gol terbaik dunia ketika ini.

Best Goalkeeper Of The Year And Yashin Trophy

Sejak beliau menjadi benteng terakhir untuk pasukan Liverpool pada tahun 2018 begitu banyak anugerah yang beliau telah kecapi.

Dan semua anugerah yang beliau kecapi itu adalah atas usaha dan kerja keras beliau sendiri.

Selain memiliki piala berpasukan, Alisson telah berjaya memenangi anugerah peribadi atas persembahan yang memberangsangkan dari beliau.

Beliau telah di anugerahkan Best Goalkeeper Of The Year musim ini kerana aksi cemerlang beliau.

Dan beliau juga adalah pemenang pertama untuk Yashin Trophy bagi tahun ini. Anugerah khas ini telah dipertanding kan pada tahun ini untuk pertama kalinya bagi menghargai penjaga gol terbaik dunia dan Alisson berjaya menjadi pemain pertama yang mendapatkan trophy itu.

Jika tidak kerana Alisson menyelamatkan cubaan berbahaya Milik pada minit akhir perlawanan peringkat kumpulan di Anfield lalu, Liverpool sudah disingkirkan oleh Napoli dan pastinya Liverpool tidak mempunyai sebarang piala hingga kini.

Banyak lagi percubaan berbahaya yang berjaya di selamatkan oleh Alisson dalam kejohanan UCl musim itu. Reflexes beliau sangat mengagumkan.

Ketika Liverpool melayan kunjungan Napoli dalam perlawanan akhir kumpulan C. Liverpool memerlukan keputusan Menang dan mengelak di bolosi jika hendak ke pusingan kalah mati.

Alisson berjaya menjadi tembok kebal buat Liverpool dengan menyelamatkan banyak cubaan seterusnya berjaya mempertahankan gawangnya dari di bolosi di dalam perlawanan itu.

Copa America Winner And Golden Glove Winner

Alisson berjaya meneruskan rentak cemerlang beliau bersama pasukan Liverpool di bawa ke aksi beliau bersama pasukan negara beliau sendiri Brazil.

Alisson menjadi penjaga gawang utama pasukan Brazil dan meletakkan Ederson sebagai penjaga gol kedua untuk pasukan Brazil dalam kejohanan itu.

Dari 6 perlawanan Alisson berjaya mendapatkan 4 perlawanan tanpa dibolosi. Dan beliau juga berjaya membawa brazil ke perlawanan separuh akhir menentang Argentina apabila menjadi wira menewaskan Paraguay dalam sepakan penalti.

Brazil menewaskan Argentina 2 berbalas kosong di peringkat separuh akhir dan menewaskan Peru 3 berbalas 1 di perlawanan akhir. Jadi Brazil berjaya menjadi Juara dan Alisson dipilih menjadi penjaga gol terbaik kejohanan.

Super Cup Winner and Premier League Golden Glove

Selepas menjuarai Champions League Alisson terus menjadi benteng terakhir pasukan Liverpool dalam aksi liga.

Namun beliau mengalami kecederaan sebelom sepak mula super cup yang menemukan pasukan Liverpool dan pasukan Chelsea.

Adrian yang baru menyertai pasukan Liverpool di beri kepercayaan menggantikan tempat Allison sebagai penjaga gol utama.

Dan Adrian membalas kepercayaan diberikan dengan kemenangan dalam Super Cup.

Alisson pada musim 18/19 telah berjaya mendapatkan Golden Glove apabila berjaya mendapatkan 21 perlawanan tanpa bolos dari 38 perlawanan liga.

Tahun pertama di Liverpool dan Liga England beliau berjaya mendaparkan Golden Glove itu sangat membanggakan.

IFFHS Best Goalkeeper, Best Brazilian Player and Club World Cup Winner

Alisson meneruskan aksi cemerlang dan musim gemilang beliau apabila beliau membantu Liverpool menjadi Juara Club World Cup menewaskan Flamenggo 1 berbalas kosong.

Alisson menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Flamenggo dan memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Kerana aksi cemerlang nya tidak hairan Alisson berjaya mendapat IFFHS Best Goalkeeper 2019. Dan beliau juga telah terpilih menjadi pemain brazil terbaik yang bermain di eropah.

Itu adalah antara pencapaian terbaik Alisson sepanjang bersama pasukan Liverpool dan Brazil. Semoga aksi cemerlang nya di teruskan dan beliau akan berjaya mendapatkan kejuaraan pertama liga bersama pasukan Liverpool musim ini.

Baca yang lain