Allegri Mahu Pemain Juve Sedar Diri: “Juve Sekarang Pasukan Midtable Je, Tiada Team Takut Dengan Kita”

Juventus terpaksa menelan satu lagi kekalahan mengejutkan ketika menentang Hellas Verona. Di mana pasukan bimbingan Massimiliano Allegri tewas 1-2.

Verona mendahului 2-0 menerusi dua gol Giovanni Simeone pada minit ke-11 dan 14. Juventus hanya menjaringkan gol lewat minit ke-80 menerusi pemain gantian yang cuba dijual mereka pada pra musim, Weston McKennie.

Juventus juga kini hanya mengutip 15 mata daripada 11 perlawanan ataupun 15 daripada 33 mata ditawarkan dalam tempoh tersebut.

Lantas Allegri mengakui keadaan semasa kurang bagus untuk La Vecchia Signora itu.

Allegri juga meminta pemain pemain Juventus sedar bahawa situasi kini, pasukan Juventus hanyalah bertaraf mid table di Serie A.

“Air liur [cakap] sahaja tidak bermakna buat masa ini,” kata Allegri, menggambarkan bahawa musim ini sudah banyak kali mereka menyatakan akan bangkit dan memperbaiki keadaan.

“Kami berada dalam situasi yang teruk. Kami perlu menerima hakikat bahawa ketika ini kami hanya pasukan pertengahan liga.”

“Kami boleh keluar dari situasi ini dengan sedikit keazaman dan kualiti. Kami akan berjuang agar dapat keluar daripada situasi ini.”

“Tidak ada gunanya berasa menyesal untuk diri sendiri. Ia tidak akan membantu pasukan mengubah keadaan.”

“Kami hanya perlu fokus pada apa yang perlu kami lakukan, dan semuanya akan berjalan dengan sendirinya.”

Juventus telah melepaskan 15 gol dalam 11 perlawanan dalam Serie A musim ini. Rekod itu adalah yang terburuk sejak musim 1961/62.

Allegri turut mengingatkan pemainnya bahawa tiada jaminan bahawa Juventus akan menang ketika aksi berdepan pasukan pertengahan liga yang lain. Jika mereka berterusan beraksi tidak konsisten di atas padang.

“Memakai jersi Juventus tidak bermakna kami akan menang menentang pasukan pertengahan. Kita perlu berjuang untuk setiap mata,” katanya.

Allegri turut meminta pemainnya berfikir secara realistik dan membuang ego mereka. Kerana buat masa ini, semua pasukan di Serie A sudah tak takut atau gentar dengan Juventus.

“Kesilapan kami ialah kami menganggap kami lebih baik daripada Verona. Malah, tidak pada masa ini. Kami perlu realistik,” kata pengurus yang kembali semula ke Juve pada musim ini menggantikan Andrea Pirlo.

Allegri membayangkan bahawa Juventus perlu berbelanja untuk memperbaiki pasukan mereka.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.