Allegri Maki Balik Penyokong Biadap: “Kau Diam, Turun Sinilah”

Max Allegri bengang dan berkofrontasi dengan seorang penyokong di tempat duduk penyokong dalam aksi kemenangan Juventus ke atas Fiorentina pada malam Ahad, selepas itu penyokong menjerit memaki hamun salah seorang pemain.

Ia merupakan satu detik penuh dugaan dan ujian untuk semua orang di Stadium Allianz pada kempen musim ini, tidak kurang juga tekanan pada pengurus, Allegri.

Di atas padang, ia adalah permulaan yang buruk untuk Juventus, kerana mereka hanya berjaya memenangi tiga daripada sembilan perlawanan pembukaan mereka dalam liga.

Mereka juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah, terjerumus ke Liga Europa selepas dua kekalahan kepada PSG dan Benfica, dan kekalahan mengejut kepada Maccabi Haifa.

Seluruh lembaga kelab itu kemudiannya meletakkan jawayan, sebaik sahaja laporan mereka sedang disiasat atas sebab salah tadbir kewangan, yang akhirnya membawa kepada pemotongan 15 mata.

Allegri melihat pasukannya dibelasah oleh Napoli bulan lalu.

Pada malam Ahad, mereka meneruskan percubaan mereka untuk kembali ke prestasi beberapa bulan lalu, menewaskan lawan mereka Fiorentina 1-0 di laman sendiri, hasil jaringan Adrien Rabiot.

Persembahan itu tidak menggembirakan semua peminat walau bagaimanapun dan juga ada serangan verbal daripada salah seorang peminat terhadap penyerang Moise Kean menyebabkan pengurus itu menghampiri penyokong tersebut dan memarahi penyokong itu sambil menjerit, “Diam kau, turun sini sekarang kau hanat.”

Bercakap selepas perlawanan, bekas pengurus AC Milan itu ditanya mengenai insiden memarahi penyokong itu.

“Saya minta maaf kerana kebanyakan orang ramai membantu pasukan tetapi apabila seseorang mengkritik pemain melulu, itu saya fikir ia tidak menghormati kumpulan yang melalui detik sukar.”

Kedua-dua Federico Chiesa dan Dusan Vlahovic bermula untuk tuan rumah menentang bekas pasukan mereka untuk menguatkan barisan serangan mereka.

Tetapi Adrien Rabiot yang berjaya membuka jaringan untuk pasukannya.

Tandukan pemain tengah di tiang belakang kelihatan telah dihalang oleh penjaga gol Pietro Terracciano tetapi bola sudah melepasi garisan.

Vlahovic kelihatan telah menggandakan pendahuluan sekitar minit ke-60 dan enggan meraikannya menentang pasukan lamanya, tetapi VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid.

Gaetano Castrovilli kemudian kelihatan telah menyamakan kedudukan dengan hanya dua minit masa biasa berbaki, namun VAR sekali lagi membatalkan jaringan tersebut.