Allegri Menganjing Pogba: “Akhirnya Dia ‘On Time’ Datang Tengok Perlawanan”

Juventus berhempas pulas untuk sekadar menang tipis menentang SC Freiburg dalam aksi 16 akhir Liga Europa bagi perlawanan pertama daripada 2 aksi timbal balik.

Dalam perlawanan ini, pemain tengah berkelas dunia mereka, Paul Pogba tidak diturunkan dan disisihkan.

Ini kerana pemain itu dikatakan terlibat dalam masalah disiplin.

Pogba dilaporkan datang lewat ke dalam sesi taklimat pasukan. Membuatkan Allegri tidak teragak agak untuk menyisihkannya.

Kelakuannya itu jelas bertentangan dengan amalan disipilin yang ketat oleh Allegri.

Pogba sudah lama menantikan kepulangan semula beraksi atas padang. Dan dia sudah pun beri kembali sebelum ini.

Namun kini dia telah disisihkan atas masalah disiplin.

Selepas tamat perlawanan, Max Allegri ditanya tentang Paul Pogba. Dan pengurus itu dengan nada sinis serta gembira berkata:

“Akhirnya Paul Pogba datang tepat pada masanya. Dia datang tepat pada masanya untuk sebelum perlawanan ini bermula.”

Kenyataan Allegri itu seolah oleh merujuk kepada kelakuan Pogba yang seringkali terlewat.

Allegri menyatakan bahawa Pogba sudah menerima hukumannya dan dia akan kembali segera ke dalam pasukan mereka.

Dia turut mengesahkan bahawa Pogba benar benar lewat hadir ke sesi pasukan seperti dilaporkan media sebelum ini. Yang membuatkannya digantung daripada tugasan semalam.

Allegri berkata: “Saya boleh sahkan bahawa Paul Pogba lewat hadirkan diri ke dalam talimat pra perlawanan pasukan semalam. Sebab itu namanya tidak ada dalam pasukan yang beraksi perlawana Europa League.”

“Ini adalah soal menghormati pasukan ini sebagai kumpulan.”

“Paul akan kembali ke dalam kumpulan dalam pasukan ini bermula esok.”

Sebelum ini Max Allegri sudah memberitahu pengurusan tertinggi bahawa dia mahu melepaskan Pogba.

Ini kerana isu kecederaan pemain itu yang dilihat agak teruk. Ditambah dengan komitmen Pogba yang dikatakan agak tidak cukup serius ketika proses pemulihan.

Pogba sebelum ini mengalami kecederaan sebelum sempat membuat debut keduanya untuk kelab itu. Dan terlepas Piala Dunia 2022.

Pogba diakui antara pemain tengah paling berbakat dalam generasinya. Namun memiliki rekod isi disiplin ketika di Man United.

Dia juga beberapa kali mendesak untuk dijual oleh kelab. Ini termasuk mendesak perpindahan ke Real Madrid dan Juventus.

Dia malah pernah mengejutkan dunia dengan penerbitan dokumentari mengecam Manchester United yang dirakam ketika dia masih di sana.

Kemudian ditayangkan ketika Pogba sudah mengumumkan dia kembali semula ke Juventus.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa