Tidak sampai setahun kembali ke Juventus dan belum pun sekali beraksi musim ini, Juventus sudah sedia menjual Paul Pogba.
Ini kerana Juventus dikatakan sudah bosan dan berputus asa dengan rekod kecederaan Pogba, menurut laporan di Itali.
Pogba dua kali menyertai Juventus secara percuma dalam kariernya. Pertama pada 2012 dan sekali lagi pada 2022.
Juventus pernah menjual Pogba dengan rekod €100 juta pada 2016 – kembali ke Man United.
Namun pemain itu tidak begitu gembira di Old Trafford secara keseluruhannya dan beberapa kali mengancam mahu pulang ke Juventus serta pernah meminta dilepaskan ke Real Madrid.
Pogba yang ditandatangani semula pada musim panas lalu, bergelut dengan kecederaan.
Pemain berusia 29 tahun itu cedera di lutut pada pra musim dan memerlukan pembedahan. Membuatkan dia tidak dapat bermain dalam Piala Dunia 2022 bersama Perancis.
Max Allgeri sudah memberitahu pengurusan tertinggi, dia sudah bosan dengan rekod kecederaan Pogba dan dia sudah tidak berharap lagi kepada pemain itu.
Laman terkemuka Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Juventus menganggap Pogba bukan komponen penting dalam pasukan dan merasakan pemain itu akan terus berdepan masalah kecergasan.
Terbaru, dia berdepan satu lagi siri kecederaan ketika dia berlatih.
🤕Paul Pogba's Juventus debut is delayed again with Max Allegri confirming the midfielder is suffering from soreness in his flexors after returning to the bench against Monza. #Juve
📅The last time Paul Pogba started a football match was 292 days ago. pic.twitter.com/qjYDHG3zpM
— Football Talk (@FootballTalkHQ) February 2, 2023
Kini kelab gergasi Itali itu memberikan restu kepada Allegri untuk menjual pemain itu.
Pogba yang kembali semula ke Juventus dengan setuju menerima gaji kurang daripada di United, tanda sayangnya kepada kelab itu.
Full story:https://t.co/Quw702DPl9
— SPORTbible (@sportbible) February 2, 2023
Kali terakhir dia beraksi secara kompetitif adalah ketika menentang Liverpool pada April 2022. Di mana ketika itu dia masih bergelar pemain Manchester United.
Allegri menegaskan bahawa, dia tidak yakin Pogba akan mampu mengejar intensiti latihan yang diterapkan di Juventus selepas pemain itu tersisih sekian lama.
Berbeza dengan Bonucci yang menurut Allgeri, pemain itu lebih diyakini akan mampu kembali semula ke prestasi terbaiknya selepas pulih.
Lantas Juventus mungkin akan cuba berunding untuk menamatkan kontrak Pogba atas persetujuan bersama ataupun menjual sahaja pemain itu jika dia tidak bersetuju dengan penamatan kontrak.
Juventus kini dalam kesukaran untuk melayakkan diri ke UCL musim depan selepas ditolak 15 mata kerana salah laku dalam urus tadbir kewangan.
Jika gagal bermain di UCL, maka mereka akan terus bergelut dengan masalah kewangan kelab.