Alonso Berminat Dengan Jawatan Di Liverpool Suatu Hari Nanti

Xabi Alonso kini sedang menikmati musim yang baik dengan Bayer Leverkusen. Dia juga banyak mendapat pujian kerana pengurusan taktikalnya.

Musim lalu dia membawa Bayer Leverkusen mara ke separuh akhir UEL. Sementara musim ini tengah menikmati permulaan cemerlang bersama Bayer Leverkusen di Bundesliga.

Sama seperti pengurus muda lain, Alonso juga merancang untuk menyertai kelab lebih besar di masa akan datang. Dan salah satu kelab yang dalam pertimbangan serius Alonso adalah Liverpool.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Xabi Alonso ada klausa ‘Real Madrid’ dalam kontraknya. Di mana pengurus itu boleh mengaktifkan klausa untuk menyertai Real Madrid. Namun berita itu dinafikan sendiri oleh CEO Bayer Leverkusen yang menyatakan pengurus mereka tiada klausa pelepasan.

Seterusnya, kelab itu juga terbuka untuk berbincang dengan Xabi Alonso pada bila bila masa jika pengurus itu mahu ke kelab lain.

Wartawan sukan terkemuka, Ben Jacobs dari CBS melaporkan bahawa pekerjaan di Anfield antara yang menarik perhatian Alonso. Seterusnya Real Madrid. Dan wartawan itu menyatakan Alonso tidak begitu berminat dengan perkembangan di Bayern Munich. Kerana dia yakin Thomas Tuchel akan mengendalikan pasukan itu pada tempoh lama.

Tuchel baru sahaja dilantik pada akhir musim lalu oleh Bayern menggantikan Julian Nagelsmann.

Real Madrid turut memantau perkembangan Xabi Alonso di Bayer Leverkusen. Dengan Carlo Ancelotti dikatakan bakal meninggalkan skuad itu pada akhir musim ini untuk menyertai skuad kebangsaan Brazil. Walaupun Ancelotti masih berteka teki tentang kebenaran perkara itu.

Laporan terbaru pula menyebut, Florentino Perez sedia melanjutkan lagi kontrak Don Carlo bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Situasi di Anfield, Jurgen Klopp mungkin pada penggal akhir kontraknya dan akan meninggalkan kelab itu. Alonso sudah dicanang sebagai calon sempurna menggantikan Klopp di Anfield. Memandangkan Xabi Alonso sendiri mengakui dia adalah peminat Liverpool dan berharap anaknya juga akan mengikutinya.

Walaubagaimanapun fokus Xabi Alonso ketika ini hanya Bayer Leverkusen. Kerana dia sudah melihat peluang untuk kelab itu melakukan kejutan musim ini.

Ben Jacobs berkata: “Setahu saya, fokus Xabi Alonso ketika ini sepenuhnya kepada Bayer Leverkusen. Namun jika bercakap tentang peluang untuk mendapatkan jawatan pengurus di kelab lebih besar, tiada keraguan bahawa Xabi Alonso sedang mengikuti perkembangan di dua bekas kelabnya iaitu Liverpool dan Real Madrid.”

“Bayern Munich agak kurang sikit dia ikuti kerana pada masa ini Thomas Tuchel sudah semakin stabil di sana. Tetapi jika Bayern ada kekosongan, pastinya Xabi Alonso juga antara nama yang kelab itu mahukan.”

“Untuk Liverpool, ada kemungkinan tetapi buat masa ini kelab Anfield itu tidak berminat membincangkan soal pengganti Jurgen Klopp.”