Alonso Puji Leverkusen Selepas Bantai Bayern 3-0, Adakah Badi Neverkusen Berakhir Selepas 31 Tahun?

Bayern Leverkusen melebarkan lagi rekod tanpa kalah mereka musim ini dan menjarakkan diri 5 mata di atas Bayern.

Xabi Alonso menempuhi salah satu perlawanan paling penting dalam kempen mereka musim ini menentang bekas kelabnya Bayern Munich.

Thomas Tuchel sebelum perlawanan berkata: “Kami menentang ramai penyokong atas pagar yang mahu Bayer Leverkusen juara liga. Dan kami bermain bersama sama dengan harapan tinggi untuk menjuarai liga.”

Xabi Alonso pula kurang senang dengan komen Tuchel dengan menyatakan bahawa pasukannya tidak memerlukan sokongan penyokong lain. Kerana paling penting adalah sokongan daripada peminat Leverkusen.

“Kami dah cukup motivasi daripada diri sendiri dan penyokong kami. Terima kasih atas sokongan mereka [penyokong neutral, jika ada]. Namun kami tak perlukannya.

“Kami sudah ada diri kami sendiri yang menyokong sesama kami,” tegas pengurus muda itu.

Di atas padang, Leverkusen membantai Bayern Munich 3-0. Kedua dua pasukan masing masing berdepan dengan krisis kecederaan.

Namun ‘tweak’ taktikal daripada Alonso ternyata lebih baik. Leverkusen tanpa bintang utama mereka yang membantu Leverkusen seri 2-2 di Allianz Arena pada aksi pertama pada September, iaitu Bonifce.

Di mana pemain itu melakukan 8 percubaan ke gawang Bayern pada masa itu. Alonson menggandingkan Amine Adli, Nathan Tella dengan dibantu Florian Wirtz untuk berada di barisan serangan.

2 lagi bintang mereka, Jeremie Frimpong dan Jonas Hofmann kedua duanya berada di bangku simpanan. Adli muncul hanya untuk ketujuh kalinya, dan Tella pula baru merasai aksi ketiganya.

Namun dua pemain ini sangat laju dan bertenaga. Duo ini memberikan skuad Alonso assist menerusi Tella, dan 4 percubaan ke arah gol. Dua pemain ini menjadi antara nadi penting Leverkusen menededahkan kelemahan pertahanan Bayern dalam berdepan pemain laju.

Dengan kecederaan dialami Alphonso Davies, Tuchel meletakkan bek kanan yang baru mereka tandatangani, Sacha Boey di bahagian bek kiri.

Di bahagian bek tengan Dayot Upamecano yang baru kembali dari kecederaan digandingan bersama Eric Dier dan Kim Min-Jae yang baru kembali daripada Piala Asia.

Gandingan bek bertiga ini bermain buat pertama kali. Dengan Neuer juga bergelut untuk mencipta permainan kombinasi dengan mereka. Neuer yang sebelum ini mengalami kecederaan lutut, melakukan beberapa hantaran tak tepat.

Josip Stanisic meletakkan Leverkusen di hadapan seawal minit ke-18. Ianya selepas pertahanan Bayern Munich tertidur dan hilang fokus. Pemain itu tidak meraikan gol ke atas kelab pemiliknya itu. Kerana dia dipinjamkan oleh Bayern ke Leverkusen musim ini.

Kemudian pada separuh masa kedua, Bayer Leverkusen menambah 2 lagi gol menerusi Alex Grimaldo pada minit ke-50 dan Jeremie Frimpong pada minit ke-90+5, ketika gawang tiada penjaga gol.

Bayern Munich sangat hambar di barisan serangan. Dengan hanya melakukan 8 percubaan dan hanya satu percubaan tepat. Sedangkan mereka diasak dengan 14 percubaan oleh Leverkusen dan 8 percubaan tepat ke sasaran.

Alonso selepas tamat perlawanan berkata: “Untuk menunjukkan tahap kompetensi seperti ini berdepan Bayern, bermakna pasukan ini membangun dengan baik. Pasukan ini benar benar bersedia untuk bermain teruk namun kekal tidak terpecah. Dan itu bagus.”

Alonso merujuk kepada pasukan mereka yang hanya memiliki 39% penguasaan bola namun masih berjaya bertahan dengan kental mengelak dari dibolosi dan pada masa yang sama mampu mencetak 3 gol ke atas Bayern.

Leverkusen seringkali diejek peminat Bayern dan seteru mereka sebagai Neverkusen. Merujuk kepada kegagalan pasukan itu memenangi trofi dalam 31 tahun terakhir. Mereka juga kerap tersandung ketika menuju ke garisan penamat.

Kemuncak kepada ejekan Neverkusen itu adalah pada musim 2001/02, di mana mereka hanya 4 perlawanan terakhir daripada meraih treble. Dan mereka terlepas kesemuanya.

Dan adakah kali ini mereka akan menamatkan badi Neverkusen itu?