Julian Alvarez mengaku bahawa Manchester City telah memberikan dia minit permainan yang cukup musim lalu. Namun dia tidak gembira kerana seringkali disisihkan dalam perlawanan besar.
Sebelum ini Alvarez dilaporkan mahu meninggalkan Manchester City kerana mahukan minit permainan. Dia berjumpa dengan pengurusan kelab tersebut menyatakan tentang perkara itu.
Dan ternyata dia antara pemain yang mendapat minit yang banyak musim lalu. Dia kemudian menjadikan alasan, mahu pergi kerana tidak gembira tidak bermain dalam perlawanan penting atau perlawanan besar.
Julian Alvarez seringkali disisihkan sama ada sebagai pemain gantian yang hanya terlibat sedikit sahaja atau tidak bermain langsung.
“Ya, saya adalah salah seorang pemain Manchester City yang paling banyak minit. Namun akhirnya, kamu tak suka disisihkan daripada perlawanan penting, kerana kamu mahu menyumbang kepada pasukan kamu.
“Saya akan mengambil masa untuk memikirkan masa depan saya dan saya mahu membuat keputusan untuk diri sendiri. Kita akan tengok lepas ni.”
Julian Alvarez dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid. Di mana kelab itu menjanjikannya peluang untuk menjadi pemain kesebelasan utama secara automatik.
Selain Atletico, kelab seperti Chelsea juga memantau perkembangan Julian Alvarez. Dan sedia untuk memasuki persaingan mendapatkan Alvarez jika Man City menyatakan bahawa pemain itu untuk dilepaskan selepas ini.
Chelsea berpuas hati dengan kualiti yang ada pada Cole Palmer sebelum ini. Dan mereka sedia membayar angka yang tinggi untuk mendapatkan Alvarez. Hal ini kerana anak didikan Guardiola ternyata sesuai dengan pasukan Chelsea yang sedia ada.
🚨🔵 Julián Álvarez on his future: “Last season, I was one of the players with the most minutes at City. But… in the end, you don't like being left out of important matches; you want to contribute”.
“I'll take my time to think about what I want for myself. We'll see”. pic.twitter.com/A1S8i5rDtH
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 29, 2024