Selepas berjaya membeli Ferran Torres dengan nilai €55 juta, Barcelona kini sedia untuk mendapatkan Alvaro Morata. Pemain yang merupakan penggempur no.9 tulen di hadapan gol.
Alvaro Morata kini beraksi bersama Juventus secara pinjaman dari Atletico. ESPN melaporkan bahawa Morata berminat untuk kembali ke Sepanyol daripada terus kekal di Itali.
Morata menganggap ini adalah peluang terbaiknya untuk pulang semula ke Sepanyol, selepas mendengar bahawa Xavi mahu mendapatkan khidmatnya.
Xavi kini meletakkan Morata sebagai senarai keutamaan mereka selepas kejayaan mendapatkan Ferran Torres dari Manchester City.
Tetapi ketika ini, situasi kewangan Barcelona membuatkan rundingan agak rumit. La Liga hanya membenarkan Barcelona berbelanja €97 juta.
Had perbelanjaan itu merangkumi kontrak gaji pemain. Jadi Barcelona perlu berunding untuk menurunkan harga dan juga gaji Morata.
Barcelona masih berusaha untuk merealisasikan rundingan ini. Antaranya dengan cuba meminta La Liga melonggarkan sedikit syarat had perbelanjaan mereka.
Barcelona have approached Juventus for Álvaro Morata, as per @diarioas – but talks are not yet in advanced stages. Deal said to be ‘complicated’. 🇪🇸 #FCB
Juventus are not considering Depay as part of swap deal, as things stand. Dembélé and de Ligt are not involved in this story.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2021
Yusuf Demir dan Luuk De Jong dilaporkan akan dipulangkan lebih awal daripada tempoh pinjaman mereka. Ianya akan membantu Barca mengurangkan lagi kos gaji pemain.
Barcelona masih menunggu bidaaan untuk Philippe Coutinho dan juga Samuel Umtiti. Di mana beberapa kelab sudah mulai dikaitkan dengan Coutinho termasuk Everton dan Arsenal.
ESPN turut melaporkan bahawa Barcelona juga sedia mendengar bidaan daripada mana mana kelab untuk pemain antarabangsa Amerika Syarikat iaitu Sergino Dest.
Walaupun sudah mendapatkan Torres, Barcelona masih mahukan pemain no.9 tulen. Mereka sebelum ini berminat untuk mendapatkan Edinson Cavani. Namun pemain itu tidak kelihatan akan datang ke Barca. Ini selepas Manchester United tidak mahu melepaskan pemain itu pada Januar.
Kini Barca menumpukan usaha untuk membawa masuk Alvaro Morata.
Xavi mengutamakan pembelian di barisan serangan. Ini selepas Barca hanya menjaringkan 2 gol dalam 6 aksi terakhir UCL mereka. Dan tersingkir daripada UCL di peringkat kumpulan.
Persaraan mengejut Sergio Aguero kerana masalah kesihatan juga membawa kepada polisi perpindahan mereka bertumpu kepada pencarian pemain penyerang.
Ini bukan kali pertama Barca mahukan Morata. Pada 2019, mereka pernah cuba mendapatkan Morata untuk menggantikan Luis Suarez yang cedera, namun gagal.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu menyertai Juventus untuk kali kedua. Sebelum ini Morata pernah beraksi untuk Chelsea di England. Kemudian kembali semula ke Atletico secara pinjaman dan berpindah secara tetap.
Atletico kemudian meminjamkan Morata ke Juventus. Kontrak semasa Morata dengan Atletico akan berakhir pada 2023.
Diego Simeone sebelum ini sudah menyatakan bahawa, Morata dan Saul tidak ada dalam perancangannya untuk masa hadapan. Jadi kedua dua pemain itu dinasihatkan agar melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kontrak tetap di kelab mereka sekarang.
Alvaro Morata sudah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk Juventus musim ini selepas menamatkan musim lalu dengan 20 gol daripada 44 perlawanan.
Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Memphis Depay dengan Ousmane Dembele tidak terlibat dalam rundingan untuk mendapatkan Morata.
Memphis Depay and Ousmane Dembélé are currently not discussed as part of Álvaro Morata deal between Juventus and Barcelona. 🚫 #FCB #Juve
To be clear, Matthijs de Ligt won’t leave in January – all Barça rumours around de Ligt for Jan window are denied. He’s staying at Juve.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Dembele masih belum melanjutkan kontraknya. Dan Barcelona sudah sedia untuk melepaskan pemain tersebut pada Januari akan datang.
Laporta dikatakan sangat kecewa dengan sikap Dembele yang terus menggantung Barcelona tak bertali. Malah menuduh pemain itu sebagai tidak mengenang budi kerana terus membiarkan tawaran kontrak tidak ditandatangani.
Dembele sebelum ini sudah setuju menerima pengurangan gaji. Namun selepas Barca mengumumkan Ferran Torres, pemain itu dikatakan kecewa kerana dia menganggap pengurangan gaji yang ditawarkan kepadanya adalah untuk membiayai tawaran gaji kepada Torres.