Alyssa Dezek, Beli Kereta Idamannya, Vellfire Bernilai RM250,000 Ketika Darjah 6

Penyanyi dan pelakon cilik terkenal, Aryanna Alyssa Dezek yang popular dengan lagu cover serta ukulele telah berjaya memiliki kereta idamannya, Toyota Vellfire yang dianggarkan berharga sekitar RM250,000.

Alyssa menyatakan dia sama sekali tidak menyangka bahawa saluran YouTube yang diciptanya dahulu telah berjaya membolehkannya memiliki Vellfire pada usia 12 tahun.

Bercakap kepada Harian Metro, Alyssa berkata: “Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube.”

“Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja keras.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang bukan saja berada di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Tanpa sokongan anda tak mungkin YouTube saya berjaya sampai ke tahap ini dan memiliki lebih 3 juta langganan. ”

“YouTube juga membantu menghubungkan saya dengan peminat di beberapa negara Asia.”

“Malah single terbaharu saya berjudul Lagu Untuk Kamu sudah berjaya ditonton sebanyak 56 juta selain ada video-video lain yang berjaya mendapat jutaan tontonan,” katanya lagi.

Alyssa berkata beliau bukan mahu menunjuk nunjuk. Namun mahu memberikan inspirasi kepada kanak kanak yang lain di Malaysia.

“Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.”

“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.

“Setiap orang boleh cuba dan lhasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton,”

Beliau berterima kasih kepada ibunya Suzanne Sahri, yang mencetuskan idea untuk membuka saluran YouTube. Awalnya mereka mahu menjadikannya sebagai platform untuk memuat naik kenangan mereka.

“Mulanya ibu yang mencadangkan video nyanyian saya dimuat naik di YouTube kerana boleh menyimpan segala kenangan.

“Sejak memulakan saluran itu pada tahun 2012, banyak video dimuat naik menjadi tular seperti lagu Kun Anta yang dinyanyikan semula hingga penyanyi asal ingin bertemu dengan saya ketika dia datang ke Malaysia tidak lama dulu.”

“Malah perkongsian saya bermain ukulele seawal umur empat tahun pun turut menarik perhatian penonton di saluran YouTube itu,” katanya.

Alyssa juga selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia berbanding selebriti solo lain.

Aryanna Alyssa Dezek merupakan si cilik yang lahir pada 21 April 2008, di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Alyssa mulai mendapat perhatian di arena hiburan ketika menyertai program Ceria All Star pada usianya 7 tahun. Dan pada 2018, Alyssa menyertai Ceria Mega Star.

Selain menyanyi, Alyssa juga banyak berlakon dalam drama kanak kanak terbitan Astro.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.