Berita buruk buat peminat Man United, pemain paling menyerlah mereka di bawah Ruben Amorim, Amad Diallo dilaporkan mengalami kecederaan.
Amad Diallo telah mengalami kecederaan ligamen buku lali semasa latihan bersama Manchester United dan mungkin terlepas baki saingan musim ini, menurut laporan Chris Wheeler.
Amad, 22, penjaring terbanyak United dengan enam gol dalam Liga Perdana Inggeris, bakal diketepikan daripada skuad Ruben Amorim untuk pertembungan Ahad dengan Tottenham Hotspur dan sudah diimbas untuk menilai tahap kerosakan sepenuhnya.
Laporan mengatakan bahawa pemain antarabangsa Ivory Coast itu akan diketepikan untuk baki musim ini, tetapi sumber mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan secara pasti bahawa Amad tidak akan bermain lagi dalam kempen ini.
Tetapi senario terbaik pada peringkat ini ialah Amad akan tersisih selama beberapa minggu, yang akan menjadi tamparan hebat kepada harapan pasukan untuk layak ke bola sepak Eropah musim depan dengan memenangi sama ada Piala FA atau Liga Europa.
Dalam catatan di media sosial, Amad berkata: “Amat kecewa kerana menulis mesej ini dalam masa yang genting musim ini. Malangnya, saya akan berehat untuk seketika kerana kecederaan.
“Saya akan kembali lebih kuat dari sebelumnya!! Masa untuk menyokong pemain pemain dari luar. Masih banyak perlawanan lagi untuk dimainkan.”
Extremely disappointed to be writing this message in such a crucial time of the season.
Unfortunately, I will be out for some time with an injury.
I will come back stronger than ever!!
Time to support the boys from the outside. Still loads to play for 🫶🏾❤️ pic.twitter.com/nWqTkOKyA5
— Amad (@Amaddiallo_19) February 15, 2025
Amad telah muncul dengan prestasi luar biasa. Dianggap dia sedang menikmati prestasi kemuncaknya bersama United sejak diberikan posisi permulaan secara regular oleh Amorim sebaik sahaja pelantikan ketua jurulatih itu pada November berikutan pemecatan Erik ten Hag.
Di bawah Ten Hag, Amad Diallo beberapa kali disenarai untuk dilepaskan terutama sekali untuk pinjaman. Namun kecederaan pernah menyelamatkan dia daripada dipinjam ke kelab lain sebelum ini. Kemudian dia sendiri pernah menolak untuk menyertai kelab lain secara pinjaman.
Masa depan Amad Diallo bersama dengan Ten Hag benar benar samar. Namun segalanya berubah ketika Amorim tiba. Dia awalnya bermain di posisi bek sayap. Dan kemudian bermain di posisi penyerang sayap atau inside forward. Amad Diallo benar benar cemerlang di mana sahaja dia beraksi.
Bekas pemain muda Atalanta itu menandatangani kontrak lima tahun pada Januari sebagai ganjaran untuk persembahannya yang memukau, tetapi ketidakhadirannya akibat kecederaan bermakna United kini perlu bergantung kepada penyerang yang masih tercari rentak mereka seperti Rasmus Højlund dan Joshua Zirkzee untuk menjaringkan gol untuk memastikan mereka terus hidup dalam pertandingan piala dan memastikan keputusan untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.
Lawan mereka adalah Spurs. Pasukan yang turut berada dalam krisis prestasi musim ini. Ange Postecoglou menyatakan bahawa skuadnya dilannda masalah kecederaan yang terlalu serius musim ini.
Kehadiran penyerang baharu mereka Mathys Tel akan menarik perhatian ramai sekali lagi. Pemain tersebut menjaringkan gol dalam debutnya walaupun kalah ketika itu.