Aksi di antara Cruz Azul dan Toluca dihiasi dengan insiden pelik di mana pengadil secara tak sengaja telah melakukan ‘save’ lantas menafikan peluang gol pasukan Cruz Azul.
Dalam perlawanan Liga MX, Cruz Azul melakukan serangan pantas ke kawasan lawan.
Cruz Azul sudah dua gol di hadapan lawan mereka dan cuba menambah gol lagi.
Luiz Romo melakukan percubaan dalam keadaan penjaga gol lawan, Garcia keluar untuk memenangi bola dan dia terlepas. Romo dalam keadaan gawang terbuka gagal untuk menjaringkan gol tersebut yang terkena tiang.
Bola kemudian singgah tepat di hadapan Jonathan Rodriguez yang terus merembat. Namun percubaan beliau terbias pada kaki pengadil.
Pemain Cruz Azul terpinga pinga kerana pengadil baru sahaja menafikan peluang keemasan gol mereka.
Ramai yang geli hati dengan kejadian tersebut.
El Out of Context más Out of Context de los Out of Context.
Te amo Cruz Azul. pic.twitter.com/beX6DIeyPs— Maite Porter (@maiteporter) February 21, 2021
Selepas insiden itu, Cruz Azul dibolosi dua kali. Ianya bukan petanda yang baik. Kerana juga mereka gagal menang, sudah pastinya mereka kecewa dengan ‘save’ oleh pengadil.
Mujurlah pada minit ke-63, Guillermo Mathias Fernandez menjaringkan gol ketiga Cruz Azul yang juga merupakan gol kemenangan pasukannya.
Acá les dejamos el señor golazo de Guillermo Fernández. 😍💙🥋#HazQueSuceda pic.twitter.com/iY4PkyjwgB
— CRUZ AZUL (@CruzAzulCD) February 21, 2021