Amazon Akan Tayangkan Dokumentari Perjuangan Skuad Jerman Di Qatar 2022

Berita baik buat peminat setia Jerman apbila siri All or Nothing  oleh Amazon mengikuti perjuangan mereka di Qatar.

Pasukan Hansi Flick tersingkir di peringkat kumpulan untuk Piala Dunia 2022. Menjadikan Jerman kini tersingkir buat kedua kalinya secara berturut-turut dalam edisi Piala Dunia.

Kemenangan 4-2 mereka ke atas Costa Rica masih tidak menjamin tempat Jerman di pusingan kalah mati apabila Jepun mengejutkan Sepanyol dalam satu lagi perlawanan.

Karier antarabangsa penyerang legenda Thomas Muller nampaknya telah berakhir dengan tragsi. Sementara maestro tengah Joshua Kimmich menyifatkan ia sebagai “hari terburuk” dalam kariernya.

Kini Amazon sedia mengubat kedukaan peminat Jerman dengan terbitan dokumentari tentang perjuangan pasukan Jerman. Sebelum ini Amazon menerbitkan siri untuk Manchester City, Tottenham dan Arsenal dalam dokumentari All or Nothing.

Sumber mendedahkan bahawa, liputan Amazon kali ini turut melibatkan kempen Euro 2020 Jerman. Di mana mereka terisngkir di pusingan 16 akhir.

Membuatkan Joachim Low melepaskan jawatannya dan digantikan oleh pengurus yang sedang menjadi rebutan ramai pada masa itu iaitu Hansi Flick.

Hansi Flick sudah memberikan lampu hijau kepada Amazon untuk memasang kamera di pusat bola sepak Jerman. Serta krew kamera yang merakam perjalanan pasukan Jerman.

Bagi Hansi Flick, dia mulai dirakam oleh Amazon sejak Piala Negara Eropah yang lalu. Kerana itu adalah persiapan penting sebelum ke Piala Dunia.

Dalam kempen Piala Dunia, Jerman telah memutuskan untuk membawa perjuangan OneLove bersama mereka. Satu kempen memperjuangkan hak kemanusiaan temasuk LG***T.

Lebih lebih lagi Qatar merupakan negara yang mengharamkan hubungan sejenis. Jerman berkeras mahu suara mereka didengar.

Jurucakap rasmi pasukan Jerman turut membidas FIFA dan kerajaan Qatar yang melarang Manuel Neuer menggunakan lilitan kapten pelangi.

Mereka menganggap FIFA tidak menghormati hak mereka dan cuba menutup mulut mereka agar tidak bercakap tentang prinsip mereka.

Itulah sebabnya pasukan Jerman mengambil keputusan menutup mulut mereka ketika sesi fotografi pasukan sebelum sepak mula perlawanan pertama.

Segala perjuangan itu akan dirangkumkan sekali dalam siri All Or Nothing. Selain daripada kisah kegagalan mereka melepasi peringkat kumpulan.

Baca yang lain