Amazon Terbocorkan Harga PS5 Dan Tarikh Ia Dikeluarkan

Amazon Perancis secara tak sengaja memaparkan harga PlayStation 5 dan kemudian telah memadamkannya.

Perkara seperti ini sering berlaku. Di mana Amazon kadangkala melakukan kesilapan dalam usaha mereka mahu menguji paparan iklan.

Sepatutnya ia tidak dilihat oleh orang ramai. Tetapi kesilapan teknikal berlaku.

Ramai yang terus mengambil screenshot maklumat produk tersebut. Antara yang memuat naik paparan tangkap layar itu adalah Geskin, yang ada lebih 100,000 pengikut.

Selain daripada maklumat harga, Amazon Perancis turut memaparkan tarikh PS5 akan dikeluarkan secara rasmi iaitu 20 November 2020.

Ianya memang tarikh cuti hujung tahun musim sejuk.

Menurut maklumat yang tertera PS5 dan PS5 Digital Only masing masing berharga €499 dan €399.

Kalau ditukar kepada ringgit Malaysia ianya RM2,404.18 untuk PS5 dan RM1,921.22 untuk PS5 edisi Digital Sahaja.

Walaupun ramai berpendapat, harganya agak tinggi untuk versi blu ray, namun ramai yang terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh versi digital.

Pada hari ini, ramai yang selesa dengan versi digital untuk memuat turun permainan kegemaran mereka.

Dengan pengumuman harga oleh Sony ini, ramai juga yang menyatakan mereka akan mengagak harga Xbox Series X lebih rendah daripada itu.

Jadi, apa komen korang? Ok tak?

Dah menabung ke tu?

Baca yang lain