Ambil Dadah, Bomohkan Kawan Sendiri, Papu Gomez Sertai Dybala Tiada Dalam Senarai Skuad Argentina

Lionel Scaloni meninggalkan 4 nama pemain daripada Scalonetta yang pernah membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.

Scalonetta adalah gelaran kepada pasukan Scaloni sebelum ini yang menjulang Copa America dan Piala Dunia.

Antara 4 nama itu ada nama yang dianggap penting dan agak mengejutkan untuk melihat mereka disisihkan.

Dalam skuad bayangan yang akan ke Copa America yang akan datang, Scaloni masih memanggil Angel Di Maria dan Lionel Messi sebagai pemain pentingnya.

Ini adalah kejohanan terakhir Di Maria berseragam Argentina. Kerana pemain itu sudah mengumumkan dia akan bersara daripada peringkat antarabangsa selepas Copa America.

4 pemain daripada skuad Juara Dunia 2022 yang disisihkan ialah Juan Foyth, Papu Gomez, Thiago Almada, dan Paulo Dybala.

Mereka menjadi pemain penting Scaloni dalam pasukan sebelum ini. Namun pengurus itu ada alasan kukuh untuk tidak menyertakan mereka.

Alasan utamanya adalah minit permainan, penggantungan dan tugasan Olimpik.

Juan Foyth tidak memiliki minit permainan yang secukupnya. Hanya bermain 12 kali bersama Villarreal musim 2023/24 dengan persaingan untuk menyertai skuad Argentina kini semakin sengit.

Isu kecederaan melanda pemain itu yang merosakkan peluangnya untuk bermain di Copa America. Dia sebelum ini menjadi pemain penting Scaloni. Menyertai Villarreal dan meninggalkan Spurs untuk mendapatkan jaminan minit permainan demi pasukan kebangsaan.

Thiago Almada pula disisihkan daripada skuad kebangsaan Argentina untuk Copa America kerana dia sudah diberikan kebenaran untuk bermain bersama skuad Olimpik Argentina.

Paling mengejutkan ialah Paulo Dybala. Di mana dia menikmati musim yang sangat baik dengan AS Roma. Musim ini Dybala mencetak 16 gol dan 10 assist dalam 38 penampilan untuk Roma.

Tetapi Scaloni menyisihkan nama pemain itu kerana ada pilihan lain lebih cemerlang daripadanya.

Seterusnya, pemain paling kontroversi untuk Argentina ketika ini, Papu Gomez. Di mana pemain itu masih menjalani penggantungan bermain selama 2 tahun akibat pengambilan barang terlarang. Kes dia sebelum ini sangat berat sehingga satu ketika dibahaskan bahawa pasukan Argentina mungkin akan kehilangan trofi mereka kerana Papu Gomez.

Sebelum itu Gomez ditamatkan kontrak oleh Sevilla atas persetujuan bersama. Kerana Sevilla pada masa itu mahu memudahkan urusan perpindahan Papu Gomez ke kelab lebih kecil.

Papu Gomez didapati positif barang terlarang menerusi ujian yang dibuat pada Oktober 2022 ketika bermain untuk Sevilla. Sebelum dia menyertai skuad antarabangsa Argentina di Piala Dunia 2022 tidak lama selepas itu.

Monza dalam kenyataan rasminya berkata: “AC Monza mengumumkan pada hari ini, 20 Oktober 2023, FIFA telah menghantar notis kepada Suruhanjaya Agensi Anti Doping Sepanyol berkaitan dengan keputusan hasil ujian terdahulu daripada Agensi Anti Doping Sepanyol ke atas pemain Alejandro Dario Gomez.”

Dalam hasil sampel ujian dilakukan kepada pemain itu terdapat unsur terbutaline, dadah yang digunakan untuk meredakan masalah bronchospasm. Terbutaline adalah ubatan yang dilarang di sisi Kod Anti Doping Dunia.

Pemain itu bermain dua kali untuk Argentina ketika skuad yang diketuai Lionel Messi itu menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Papu Gomez juga pernah mengejutkan dunia apabila wartawan Argentina mendedahkan pemain itu menggunakan khidmat bomoh untuk membomohkan kawan sendiri demi mendapatkan peluang bermain untuk Argentina pada Piala Dunia 2022. Di Argentina walaupun rata rata rakyat mereka beragama Kristian, namun kepercayaan bomoh masih kuat dalam sebahagian besar masyarakatnya.

Menurut ESPN Argentina: “Dia [Papu Gomez] kantoi melakukan sihir hitam ke atas Giovanni Lo Celso untuk mengelakkan dia pulih daripada kecederaan ototnya. Dan itu berlaku kerana dia terpaksa dibedah.”

“Beberapa minggu sebelum Piala Dunia, Papu Gómez ingin memastikan kehadirannya dalam kalangan 26 yang disebutkan dan dalam konteks itu, dia memutuskan untuk menggunakan sumber yang tidak disukai dalam bola sepak: ilmu hitam.”

“Realitinya ialah Papu Gómez selalu pergi berjumpa bomoh dan kuat berdukun. Dia suka menilik nasib bertanya tentang kehidupannya, kerjayanya.”

“Dalam Piala Dunia dia memberitahu kumpulan Argentina bahawa ahli sihir itu telah mengesahkan bahawa mereka akan menjadi juara dunia.”

“Salah seorang daripada rakan sepasukan, menghubungi orang berkenaan dan bertanya mengapa dia yakin Argentina akan juara. Jawapannya adalah muktamad. Bukti terbesar bahawa ini adalah benar ialah tiada siapa yang akan menafikannya,” kata wartawan Argentina itu.

“Gomez kemudian berkongsi cerita dengan rakannya ini mengesahkan dalam dialog itu bahawa Papu Gómez telah pergi terutamanya untuk memastikan tempatnya di Piala Dunia, bahawa dia perlu pergi pada apa jua keadaan sekalipun walaupun terpaksa bergolok bergadai.”

“Dan dia melihat salah satu peluangnya adalah kecederaan Lo Celso.”

Wartawan itu menambah: “Papu Gómez diketepikan daripada kumpulan, perbuatan ini terbongkar selepas perlawanan menentang Belanda.”

“Tiada interaksi antara pemain bola sepak dan Papu Gómez di rangkaian sosial selepas itu. Sampaoli tidak pernah meminta apa-apa dan Sevilla juga melarangnya mewakili negaranya.”

“Hari ini dia tiada dalam kumpulan sembang yang diketuai Messi, De Paul, Di María dan Leandro Paredes”.

Berikut senarai penuh panggilan Argentina untuk aksi pemanas badan yang akan datang:

Goalkeepers:
Franco Armani (River Plate)
Gerónimo Rulli (Ajax)
Emiliano Martínez (Aston Villa)

Defenders:
Gonzalo Montiel (Notting Forest)
Nahuel Molina (Atletico Madrid)
Leonardo Balerdi (Olympique Marseille)
Cristian Romero (Tottenham Hotspur)
Germán Pezzella (Real Betis)
Lucas Martínez Quarta (Fiorentina)
Nicolás Otamendi (Benfica)
Lisandro Martínez (Manchester United)
Marcos Acuña (Sevilla)
Nicolás Tagliafico (Lyon)
Valentín Barco (Brighton)

Midfielders:
Guido Rodríguez (Real Betis)
Leandro Paredes (AS Roma)
Alexis Mac Allister (Liverpool)
Rodrigo De Paul (Atletico Madrid)
Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen)
Enzo Fernández (Chelsea)
Giovani Lo Celso (Tottenham Hotspur)

Forwards:
Ángel Di María (Benfica)
Valentín Carboni (AC Monza)
Lionel Messi (Inter Miami)
Ángel Correa (Atletico Madrid)
Alejandro Garnacho (Manchester United)
Nicolás González (Fiorentina)
Lautaro Martínez (Inter)
Julián Álvarez (Manchester City)