Amerika Syarikat: Pakej Rangsangan USD$ 2 Trilion & Akta Memaksa Syarikat Swasta (GM) Membekalkan Ventilator

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph telah menandatangani pakej rangsangan bantuan kewangan terbesar dalam sejarh negaranya.

Pakej rangsangan tersebut bernilai USD$ 2 trilion, ketika negara itu sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Donald Trumph menandatangi pakej rangsangan bernilai USD$2 trilion di White House

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang selepas 2 hari senat membahaskan tentang nilai peruntukan.

Pada Rabu lepas jumlah rakyat Amerika yang menggangur telah melonjak kepada 3.3 juta orang. Kes jangkitan Covid-19 di negara tersebut juga telah meningkat kepada 100,000 orang.

Tiada ahli parlimen Demokrat yang dijemput ketika upacara menandatangani pakej rangsangan bersejarah itu.

Acara itu diadakan di White House dan Presiden mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua belah pihak parti politik untuk mengenepikan perbezaan mereka dan meletakkan kepentingan negara di hadapan.

Trumph juga berkata pakej rangsangan itu dua kali ganda lebih besar dari bantuan yang diberikan negara sebelum ini.

Ini kan memberikan bantuan segera kepada setiap keluarga, pekerja dan perniagaan di negara kita

Sebelum menandatangani pakej ransangan itu, Trumph telah mendapat kuasa dari Akta Pengeluaran Pertahanan (DPA)untuk memaksa industri swasta membuat barang yang diperlukan oleh negara.

Berikutan dari kuasa tersebut, Trumph telah memerintah General Motor (GM) mengeluarkan pegudaraan perubatan (Ventilator) yang amat diperlukan oleh kerajaan persekutuan.

Terdahulu, Trumph telah menulis bahawa GM telah berjanji untuk memberi 40,000 unit Ventilator dengan kadar segera.

Selepas itu pihak Gm mengatakan hanya mampu memberi 6,000 unit pada akhir April dan mereka mahukan wang.

Selepas menandatangani pakej rangsangan dan Trumph mengatakan bekalan perubatan akan tiba tidak lama lagi.

Pada hari Jumaat lepas, Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan 8 hispital sementara akan diwujudkan bagi memenuhi jumlah pesakit yang akan meningkat.

Kemaskini kes Covid-19 dari seluruh dunia, 519 orang telah meninggal dunia di New York, negeri paling buruk terjejas di Amerika dengan 44,635 kes yang telah disahkan.

Parti Demokrat dan Republikan yang diketuai oleh pihak Demokrat telahmeluluskan pakej rangsangan dengan keputusan sebulat suara selepas perdebatan selama 3 jam.

Negara kita menghadapi kecemasan kesihatan dan ekonomi dalam sejarah akibat Covid-19. Wabak paling teruk sejak lebih 100 tahun.

Thomas Massie membantah pakej rangsangan tersebut dengan mengatakan ia perbelanjaan yang terlalu tinggi. Beliau juga cuba menunda proses itu dengan menuntut undi berbanding suara namun tuntutannya ditolak.

Trumph telah membidasnya melalui laman twitter dengan mengelarkan Massie sebagai pemimpin kelas ke-3 dan harus ditendang keluar dari parti Republikan.

Pakej rangsangan melalui rang undang-undang kali ini membolehkan setiap rakyat Amerika akan menerima bantuan wang secara terus.

Manakala syarikat dan perniagaan yang terjejas juga akan menerima bantuan kewangan.

Setiap rakyat Amerika yang berpendapatan kurang dari USD$ 75,000 setahun akan menerima bantuan wang sebanyak USD$ 1,200 dan tambahan USD$ 500 bagi setiap anak.

Pakej ini juga akan memberi peruntukan terus kepada kerajaan negeri bagi membina program kepada pekerja yang menganggur.

Di bawah undang-undang, program bantuan akan diperluaskan kepada pekerja yang tidak dilindungi sebelum ini seperti individu yang berkerja sendiri.

Pakej rangsangan itu juga meliputi tawaran memberi tanguhan kepada pinjaman dan cukai kepada syarikat-syarikat yang terjejas.

1 dari setiap 4 rakyat Amerika sahaja dibenarkan keluar dari rumah untuk mencari bekalan keperluan.

Pegawai di seluruh Amerika telah menutup restokan makanan, bar, pawagam, hotel dan pusat sukan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Industri kenderaan telah menghentikan pengeluaran dan sektor penerbangan telah ditutup secara drastik.

Dengan hampir 1,500 kematian yang dicatatkan, angka tersebut masih kekal rendah berbanding di China dan Itali.

Tetapi kerisauan negara ini mula timbul apabila New York, New Orleans dan Detroit telah menunjukkan ciri-ciri untuk menjadi titik panas Covid-19.

Menurut Gabenor New York, Coumo peningkatan pesakit yang drastik boleh melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan di negeri itu.

Beliau berkata sistem kesihatan negeri itu tidak mempunyai Ventilator yang cukup untuk menyokong pernafasan pesakit yang tidak boleh bernafas dengan sendiri.

Permintaan untuk Ventilator telah meningkat sebanyak 2 kali ganda dari negeri Louisiana.

Sementara itu Gabenor John Bel Edwards berkata New Orleans akan kehabisan ventilator pada 2 April ini dan mungkin kehabisan katil pada 7 April jika jumlah kes baru terus meningkat.

Ini bukan teori, ini perkara yang akan berlaku

Kakitangan perubatan di seluruh negara juga melaporkan kekurangan peralatan perlindungan peribadi.

Topeng muka dan peralatan perlindungan peribadi menjadi keperluan penting kepada petugas kesihatan

Ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kekurangan kritikal peralatan perlindungan akan memnjadi ancaman dan mengurangkan keupayaan pasukan petugas kesihatan.

Sehingga kini sebanyak 552,000 kes telah dicatatkan di seluruh dunia.