Amine Harit Didenda RM471 Ribu Kerana Lepak Bar Shisha Ketika MCO

Schalke 04 mengambil tindakan tegas ke atas mana mana pemain mereka yang melanggar perintah MCO / Kuarantin  koronavirus di Jerman.

Mereka tidak ada layanan double standard kepada mana mana pemain walaupun bintang utama pasukan mereka.

Terbaru, bintang utama mereka iaitu Amine Harit melanggar perintah kawalan pergerakan dan pergi melepak di bar sisha yang terbuka bersama kawan kawannya.

Bukan itu sahaja, dia melepak pada pukul 1.30 pagi. Di mana itu pun turut melanggar kontrak profesional beliau bersama dengan Schalke.

Menurut maklumat BILD, Harit dijangka kehilangan sejumlah €100,000 ataupun sekitar RM471,000.

Sebahagian €30,000 daripada denda beliau akan disalurkan kepada sidekick box, satu tabung bantuan khas kepada  Ultras Gelsenkirchen, yang memerlukan bantuan dalam krisis Corona.

Harit kantoi melakukan perbuatan itu di “Buddy Bar” terletak di Essen pada sekitar tengah malam 19 Mac hingga pukul 1.30 pagi 20 Mac pada.

Penduduk setempat telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa restoran itu masih dibuka meskipun peraturan MCO di Jerman, semua kedai bukan keperluan, termasuk bar harus ditutup pada jam 6 petang.

Menurut maklumat BILD, para pegawai penguatkuasa telah menangkap Amine Harit bersama dengan sepuluh yang lain – termasuk Harit

Pengarah sukan Schalke 04, Jochen Schneider mengesahkan kejadian itu kepada BILD.

Beliau berkata: “Benar, Amine berada di sana dengan seorang kawannya.”

“Ia adalah kesilapan, dan perkara ini sudah digariskan. Saya mengingatkan beliau tentang keseriusan keadaan semasa.”

“Dalam keadaan krisis yang mengerikan ini, perkara-perkara yang normal pada semalam tidak lagi dapat ditoleransi pada hari ini.”

“Amine sudah memberitahu kami bahawa beliau sangat menyesal dan berjanji perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. ”

Schneider juga mengumumkan bahawa Harit akan menyumbangkan wang kepada “sidekick” Schalke.

€30,000 adalah dana sumbangan daripada €100,000 pemotongan gaji beliau. Harit akan menambah jumlah itu lagi secara peribadi, tanda beliau meminta maaf.

Selain itu, Harit turut menyumbangkan dana peribadi ke Maghribi, negara asal keluarganya.

Baca yang lain