Amorim Akui Kesal Seri Dengan Arsenal Dengan Cara Sebegitu Rupa

Ruben Amorim minta maaf kepada peminat United kerana terpaksa melihat pasukan mereka bermain dengan gaya bertahan dan bergantung kepada serangan balas untuk menyerang Arsenal.

Menurutnya, ini semua hanya sementara. Apabila segalanya sudah stabil kelak, mereka akan pamerkan corak permainan sebenar yang menarik dan ofensif.

Man Utd seri 1-1 dengan Arsenal di tempat kedua dengan bermain lebih gaya bertahan. Ruben Amorim banyak dikritik kerana tidak mengubah falsafahnya semasa prestasi buruk United.

Amorim akui di United anda tidak boleh bermain seperti itu namun mereka terpaksa kerana mereka perlukan mata dan kemenangan.

United bertahan dengan blok sangat rendah di Old Trafford pada hari Ahad, dengan hanya satu rembatan ke sasaran pada separuh masa pertama yang menghasilkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma Bruno Fernandes.

Pasukan Amorim bertambah baik pada separuh masa kedua, memaksa penyelamatan daripada David Raya, walaupun tidak dapat mengekalkan kemenangan dengan memainkan gaya permainan sedikit berbeza dan lebih kepada gaya yang dimahukan Amorim.

Amorim berkata: “Apabila anda melatih Manchester United, anda tidak boleh bermain terlalu banyak seperti itu tetapi ideanya adalah untuk memenangi perlawanan dan bukan untuk menunjukkan sesuatu hanya kepada peminat,” katanya kepada Sky Sports.

“Saya tahu ia mengecewakan penyokong kadang-kadang tetapi apabila anda menjaringkan gol dan anda berasa selesa dan kemudian anda mempunyai banyak peluang, permainan berubah, momentum berubah dan mereka gembira. Jadi kami perlu menanganinya.

“Kadang-kadang kami perlu melakukan perkara yang tidak popular tetapi jika anda mahu menang dan bayangkan satu cara untuk menang, kami perlu melakukannya kerana akhirnya, kami memerlukan mata.

“Kami tidak mahu bermain seperti ini, bertahan dan memberikan bola kepada lawan. Tetapi dengan semua perlawanan, dengan semua masalah dan kemudian ciri-ciri pemain yang ada, cuba menyesuaikan diri dan bayangkan permainan yang kami boleh menangi dan kami membuktikannya hari ini.

“Dalam low block, kami boleh mengawal lebih banyak permainan dan kemudian kami mempunyai beberapa pemain yang bagus untuk peralihan. Saya rasa (Alejandro) Garnacho membuat permainan yang sangat lengkap. Dia kecewa Khamis lalu dan hari ini, dia sangat mengagumkan.”