“Apabila tengok carta Liga Perdana Inggeris, saya jadi malu, dan tak kisahlah kami menang trofi UEL atau tidak kerana masalah kami lebih besar daripada itu,” – Ruben Amorim.
Kenapa Ruben Amorim menganggap Man United dalam masalah sangat besar ketika ini walaupun mereka mungkin menang UEL.
Sebenarnya ada banyak faktor yang membuatkan United ketika ini dalam masalah. Pasukan ini sedang bergelut untuk memperbaiki tahap ‘kesihatan’ akaun FFP mereka berdasarkan peraturan PSR.
Man United menjadi pasukan kedua paling tinggi berbelanja bersih (net spendings) dalam 3 musim terakhir, 4 musim terakhir dan 5 musim terakhir.
Dari segi gaji keseluruhan, mereka adalah pasukan ketujuh tertinggi di Eropah dan ketiga tertinggi di EPL.
Jadi, kegagalan mara ke UCL musim hadapan bukan satu pilihan sebenarnya untuk Manchester United. Kerana jika mereka gagal ke UCL sekali lagi, maka mereka akan berdepan dengan masalah dari segi pendapatan kelab dari sudut komersial dan bonus pertandingan termasuk hak penyiaran.
Sir Jim Ratcliffe yang mengetuai proses menstruktur semula pasukan dan perbelanjaan United sampai ke tahap sanggup memotong pakej makan di kantin untuk staf. Menarik subsidi barangan kelab dan tiket perlawanan untuk staf, memberhentikan ratusan staf serta memecat Sir Alex daripada peranan duta khas kelab.
Kenapa sampai ke tahap itu?
Situasinya sekarang, Man Uniuted menjadi pasukan paling banyak hutang di kalangan pasukan yang tidak membina atau membangunkan stadium baharu.
Dan selepas ini mereka akan membina stadium baharu yang serba canggih, akan meletakkan kelab dalam keberhutangan yang sangat besar.
Meereka harus menang UEL untuk kembali ke UCL. Kerana dalam liga mereka kini dalam kedudukan ke-16, ya ke-16. Itulah sebab Amorim menegaskan dia malu tengok carta liga.
Kedudukan semasa, mereka langsung tidak dapat ke mana mana pertandingan eropah daripada slot carta liga. Satu satunya harapan mereka adalah menggunakan wild card dengan mara ke UCL sebagai juara UEL.
Walaupun baru baru ini Wenger menganggap cara ini tidak adil, untuk juara UEL pergi ke UCL musim berikutnya.
Man United sebelum ini sudah cuba mengawal perbelanjaan mereka. Namun telah memutuskan untuk mengambil risiko memberikan Ten Hag sokongan dengan ratusan juta euro untuk mendapatkan bintang bintang seperti Ugarte, Yoro, De Liogt, Hojlund dan beberapa nama lagi dalam beberapa musim terakhir ini,
Manchester United are telling fans that they might need to raise ticket prices to avoid a PSR breach.
But they've spent £219m on players this fiscal year…
And most of their £300m loss has come from a single source…
Hm. pic.twitter.com/ut39aPx3dj
— The Price of Football Podcast (@POF_POD) February 5, 2025
Dengan harapan Man United akan menjadi pesaing kejuaraan liga. Namun gagal berlaku, dan kini mereka ada lohong besar untuk mereka isi dalam PSR mereka.
Jika mereka layak ke UCL musim hadapan, mereka pasti boleh melegakan sedikit tekanan yang mereka hadapi terutama jika mereka layak sehingga ke suku akhir.
Masalah terbesar United adalah silap pengurusan tertinggi sejak berdekad lamanya. Dan mereka terus berkali kali melakukkan kesilapan yang menjerumuskan kelab itu kepada masalah. Sir Jim Ratcliffe sendiri mengecam beberapa pembelian kelab itu ketika era Ten Hag yang dianggap merugikan dan tidak cukup bagus.
Bak kata Van Gaal, Man United di bawah pemilikan Glazers menjadi kelab komersial berbanding kelab bola sepak yang mementingkan kejayaan atas padang.
Manchester United jenama sangat besar. Dan Rubeb Amorim sedar, dia sebenarnya tidak ada banyak masa diberikan peminat yang mulai dahagakan kejayaan lebih daripada sekadar pertandingan piala. Peminat mahukan EPL atau UCL.
🚨 Rúben Amorim: “I feel embarassed when looking at the Premier League table”.
“For me it doesn't matter if we win the Europa League because the problems are much bigger than that”. pic.twitter.com/mMGyKYsmRs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 11, 2025