Ruben Amorim menyatakan bahawa dia tidak mendapat masa yang sama dengan Arteta dapat untuk membina semula Arsenal.
Pada hari ini Arsenal menjadi pasukan pencabar kejuaraan liga untuk musim ketiga berturut turut. Ruben Amorim menegaskan bahawa Arteta lebih bernasib baik kerana mendapat banyak masa diberikan pemilik.
Arsenal menamatkan liga di tangga kelapan dan kelima pada 2 musim penuh pertama Arteta, sejak mengambil alih kelab itu Disember 2019.
Musim 2022/23 dan 2023/24, Arsenal hampir menjuarai liga dalam dua musim tersebut namun dipintas Man City pada bulan terakhir persaingan.
Ketika ini, Arsenal masih belum memenangi sebarang piala sejak piala terakhir, Piala FA 2020.
Amorim menyatakan dia juga ditugaskan untuk membina semula pasukan sama seperti Arteta di Arsenal. Namun dia yakin Man United tidak akan sesabar Arsenal untuknya. Arteta diberikan kira kira 2 tahun pertama untuk membina semula Arsenal.
Sebelum mereka menjadi pasukan yang berwajah baharu dan lebih kuat.
United mengharapkan Amorim membina semula dengan lebih pantas, menurut pengurus United itu. Lalu Amorim berkata: “Saya tak akan dapat masa yang sama seperti Arteta di Arsenal. Saya dapat rasakannya.
“Kelab ini berbeza dengan Arsenal. Saya rasa dalam aspek cara Arteta berdepan dengannya dengan baik, menyuntik semangat kepada semua orang. Namun saya tak akan diberikan masa selama yang Arteta ada.
Man United akan berdepan Arsenal pada Ahad selepas terikat 1-1 dengan Socidedad. Sementara Arsenal cemerlang membelasah PSV 7-1 di tempat lawan.
Ruben Amorim says Manchester United will not give him the time Mikel Arteta had to turn Arsenal around ⏰ pic.twitter.com/1ycNYqVTc9
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 7, 2025
“Kami harus bertahan untuk hidup pada Ahad ini. Pasukan kami sangat keletihan pada 20 minit terkahir [aksi menentang Real Sociedad]. Kita harus persiapkan diri untuk Ahad ini dan memikirkan tentang betapa pentingnya perlawanan pada Khamis untuk musim kami.
“Kita akan cuba melihat semua pemain yang cergas dan siapa yang tidak berisiko ccedera. Itupun kami masih perlu berkorban sedikit untuk kekal kompetitif pada Ahad ini.”
Amorim masih tidak pasti dua ayam tambatannya, Harry Maguire dan Manuel Ugarte akan dapat cergas berdepan Arsenal pada Ahad. Kedua duanya terlepas aksi menentang Sociedad sebelum ini.