Amorim Diminta Berbelanja Berhemah Dan Berjimat Cermat Jangan Macam Ten Hag Dan Pengurus Sebelum Ini

Pengurus baharu Man United, Ruben Amorim sudah diberitahu bahawa dia perlu bekerja dengan budget yang terhad. INEOS dilaporkan mahu mengubah corak perbelanjaan Man United yang dianggap boros.

Sebelum ini United pernah menyatakan bahawa mereka mahu berjimat dengan dana terhad. Namun akhirnya mereka tetap berbelanja besar.

Pada era Ten Hag United mengeluarkan perbelanjaan lebih £600 juta untuk membeli pemain. Namun masih gagal membawa kejuaraan EPL dan UCL yang merupakan sasaran utama Red Devils.

Ten Hag berjaya memenangi 2 piala domestik sepanjang di United namun kelab tidak merasakan itu cukup kerana jumlah wang yang sudah dibelanjakannya.

United menandatangani sekurang kurangnya 5 pemain dalam setiap jendela perpindahan musim panas dalam 10 musim terakhir ini. Namun kelab itu masih tidak ada identiti permainan yang jelas.

United juga berharap Amorim dapat menggilap bintang muda mahal seperti Rasmus Hojlund dan juga Mason Mount. Yang diharap dapat beraksi cemerlang di bawah Amorim.

United mendapati pengurus mereka dilihat kurang bersabar dengan pemain pemain yang mereka beli. Dan cepat untuk menyisihkan mereka. Misalnya pemain seperti Sancho dan kini Antony yang masih belum berjaya menjadi pemain utama musim ini.

Amorim sebelum ini sudah menggariskan tentang DNA bola sepak yang dia mahu bina. Sambil mengakui dia memerlukan sedikit masa untuk membentuk pasukan pada masa yang sama perlu mendapatkan hasil dan trofi untuk kelab itu.

United mengalami kerugian £312.9 juta sebelum cukai dalam 3 musim terakhir yang terkumpul. Dan mereka perlu mengurangkan beban hutang itu untuk menepati peraturan peraturan kewangan EPL.

Selain itu, United juga berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan hak penyiaran kerana gagal bermain di UCL. Itu juga memberikan kesan kepada penalti dalam kontrak dengan Adidas kerana gagal ke UCL.

The Telegraph melaporkan United mungkin tidak aktif pada Januari ini jika tiada keadaan yang terlalu memaksa seperti kecederaan.

Eriksen, Lindelof dan Evans semuanya tamat kontrak musim panas akan datang. Sementara Maguire dan Diallo masih ada opsyen lanjutan 12 bulan lagi.

Casemiro dan Malacia juga memasuki tahun akhir kontrak mereka pada musim panas nanti..

United berharap Amorim membuat keputusan segera tentang Sancho. Kerana kelab itu mahu menjual pemain itu sama ada tetap ke Chelsea atau ke kelab lain selepas ini jika Amorim tidak mahukan dia dalam perancangannya.