Amorim: ‘Man United Harus Berlari Seperti Anjing Gila’

Ruben Amorim mahukan pemain pemain Manchester United sentiasa berlari seperti anjing gila jika mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Isu kurang intensiti pada larian pemain pemain United ibarat satu penyakit yang digariskan sejak era Louis Van Gaal lagi.

Dan sebelum ini pengurus seperti Ole Gunnar Solskjaer pernah melakukan latihan intensif khas untuk menaikkan kecergasan pemain United agar sentiasa berlari.

Kesannya, ada ramai pemain yang mengalami kecederaan. Namun prestasi United tetap di paras lebih baik pada era pertama Ole mendapat kontrak penuh.

Cuma masalahnya pada musim berikutnya, Ole akui dia membuat kesilapan apabila mengubah hala tuju pasukan dengan menandatangani CR7 untuk menjadi marquee player.

Interim mereka sebelum ini Ralf Rangnick pernah meminta pemain pemain United menambahkan lagi kadar larian mereka.

Begitu juga dengan Ten Hag turut menegaskan bahawa pasukannya seringkali berdepan masalah mengekalkan intensiti dalam permainan.

Terbaru Ruben Amorim meningatkan pemain pemain United bahawa mereka harus berlari seperti anjing gila atas padang jika mahu menjadi juara EPL.

“Ianya mustahil untuk menjuarai EPL tanpa memiliki pasukan yang mampu bertarung dalam setiap minit setiap masa, berlari ke belakang dan ke depan sepanjang masa.

“Walaupun kamu menurunkan kesebelasan terbaik di atas muka bumi sekalipun, tapa berlari mereka tak akan menang apa apa.

“Jika kami nak juara Liga Perdana Inggeris maka kami harus berlari seperti anjing gila,” tegas Amorim yang baru baru ini melihat pasukannya kalah di tangan Arsenal.

Kini United mahu bangkit daripada kekalahan itu dalam usaha mereka terus menghidupkan impian mereka ke slot eropah terutama  sekali UCL musim hadapan.