Ruben Amorim dilaporkan sudah meminta dana untuk perpindahan pemain bagi membentuk pasukan Man United sesuai dengan taktikalnya.
Dana tersebut akan digunakan pada jendela perpindahan musim panas akan datang.
Oleh itu Amorim meminta sekitar £166 juta dana untuk perpindahan pemain daripada Man United.
Antara sasaran utama Amorim ialah Victor Osimhen. Walaupun Amorim sebelum ini sudah dikaitkan dengan Gyokeres.
Osimhen kini bermain secara pinjaman di Galatasaray. Setelah dia gagal berpindah ke PSG atau Chelsea pada jendela perpindahan lalu. Osimhen kecewa dengan pengurusan Napoli.
Dia juga sedia berpindah ke Arab Saudi tetapi Napoli berkeras mahukan harga yang tinggi untuk pemain tersebut.
Kini Osimhen boleh berimpian ke EPL sekali lagi. Dengan Amorim sudah memberitahu bahawa dia mahukan pemain dia sendiri selepas ini.
Napoli masih berharap untuk mendapat sekurang kurangnya £73 juta daripada penjualan Osimhen.
Amorim turut mahukan 2 lagi pemain baharu untuk dibawa masuk bersama sama dengan Osimhen. Pertamanya ialah Ronaldo Araujo yang kini bermain untuk Barcelona.
Kemudian pemain Southampton Tyler Dibling juga berada dalam senarai yang dikehendaki beliau.
Amorim pada masa yang sama sedang mempertimbangkan untuk menjual beberapa pemain. Ini termasuk Marcus Rashford yang dia boleh jual.
United sudah memberikan lampu hijau kepada Amorim untuk menjual pemain itu jika dia tiada dalam perancangannya.
Sebelum ini Rashford dianggap pemain ‘kebal’ di United. Polisi terbaru kelab di bawah INEOS, mereka memberikan kebebasan kepada Amorim untuk menentukan sendiri hala tuju pemain.