Ruben Amorim mempertahankan Andre Onana yang ditewaskan oleh Cunha terus daripada sepakan penjuru atau gol olimpico.
Ini adalah kali kedua berturut-turut Man United dibolosi dengan gol olimpico dalam jarak masak seminggu.
Sebelum ini Son Heung Min menewaskan Bayindir daripada situasi serupa.
Both Son Heung-min and Matheus Cunha scored directly from corners vs. Manchester United within the space of a week 😮 pic.twitter.com/AF89CQhCnu
— ESPN UK (@ESPNUK) December 26, 2024
Amorim menyatakan bahawa Onana telah dikasari dan dihadang oleh beberapa pemain yang memang tidak berniat mahu memenangi bola.
Pemain pemain Wolves itu hanya berdiri di hadapan Onana dan mengacau penjaga gol itu. Onana dan pemain pemain United membantah gol tersebut namun pengadil kekal dengan keputusannya.
Selepas tamat perlawanan Amorim tak puas hati dengan cara Wolves mendapatkan gol pertama mereka.
“Pada pandangan saya, Onana tidak dapat pergi ke arah bola. Dia cuba menjangkau bola itu.
“Namun ada beberapa orang yang malah tidak melihat pun di mana bola, namun saya tak nak fokus kepada perkara itu.
“Saya rasa perkara yang bagus adalah kami hampir kepada gol. Walaupun beraksi dengan 10 pemain. Itu adalah perkara yang bagus. Malangnya kami tewas.”
Manchester United kalah 2-0 di tangan Wolves di Molineux. Membuatkan pasukan itu kini berada di tangga ke-14 dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Aspek bertahan bola mati terus menghantui Man United dalam usaha mereka mahu mencari tempo permainan sesuai kehendak taktikal Amorim.
United bergelut dengan prestasi sekali lagi pada hari Boxing Day. Lawan mereka seterusnya adalah Newcastle United, Liverpool dan Arsenal.