Amorim Secara Terbuka Minta Rashford Ubah Sikap

Ruben Amorim secara terbuka meminta Rashford mengubah sikap dan disiplinnya ketika sidang media.

Tiada rahsia lagi Marcus Rashford disisihkan oleh Ruben Amorim kerana masalah sikap dan disiplin pemain tersebut.

Sebelum ini dia dilaporkan melanggar peraturan disiplin pasukan. Di mana dia berpeleseran di bar pada malam hari sebelum perlawanan.

Amorim melarang mana mana pemain yang keluar malam sebelum hari  perlawanan. Rashford mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia hanya melakukan perkara biasa dilakukan pemain di England yang lain.

Rashford kemudian menyalahkan staf kejurulatihan Amorim yang menurutnya tidak memberikan dia informasi yang cukup tentang peraturan baharu tersebut.

Amorim sukar menerima alasan itu kerana pemain profesional biasanya tahu bahawa perkara itu larangan biasa.

Rashford kemudian disihkan daripada pasukan. Dan kelab kini cuba untuk melepaskan pemain itu. Beberapa minggu lalu, 3 tawaran dari kelab Saudi tiba, kesemuanya ditolak Rashford.

Pemain itu menyatakan bahawa dia sedia untuk terus kekal dan berjuang bersama Man United. Peminat menjangkakan hubungan Rashford dan Amorim sudah jernih apabila pemain itu kembali berlatih.

Namun tidak berlaku. Amorim sekali lagi menyatakan bahawa Rashford masih tidak berada dan berjuang dalam pasukan mereka berdasarkan komitmen pemain itu.

Wartawan terus mempersoalkan tindakan Amorim itu kerana Man United terus bergelut dalam beberapa perlawanan.

Menurut Amorim dia hanya akan menurunkan pemain yang sedia berkorban untuk pasukan pada ketika mereka sedang bergelut untuk membina semula taktikal di dalam skuad.

Jelas sekali Rashford gagal memenangi hati Amorim. Terbaru pengurus itu meminta Rashford mengubah sikapnya. Kerana dia pemain berkualiti.

“Anda semua bayangkan jika bakat seperti Rashford…. pasukan kita akan menjadi lebih bagus. Namun  dia harus berubah.

“Jika dia berubah, kami akan menggunakan bakat seperti Rashford. Namun buat masa ini, kami sudah ada standard yang kami sudah tetapkan,” tegas pengurus itu.

Rashford kini dilaporkan sedang berunding dengan beberapa kelab yang mahu meminjamnya.