Andre Onana kini berisiko kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama aksi menentang Newcastle pada Ahad.
Amorim sedia untuk rehatkan Onana pada aksi United berikutnya. Bukan kerana penggiliran skuad tetapi atas faktor prestasi.
Ini selepas penjaga gol itu melakukan 2 kesilapan maut yang membuatkan pasukannya gagal menang ke atas Lyon pada aksi UEL.
Onana melakukan kesilapan selepas dia berperang mulut dengan Nemanja Matic.
Matic tidak puas hati Onana perlekehkan kualiti Lyon sambil berkata: “Jika anda antara penjaga gol paling teruk dalam sejarah Manchester United maka anda perlu menjaga apa yang anda perkatakan,” kata Matic.
“Jika David De Gea, Peter Schmeichel atau Edwin van der Sar berkata demikian, saya akan mempersoalkan diri sendiri.
“Tetapi jika anda secara statistik adalah salah seorang penjaga gol terburuk dalam sejarah moden Manchester United, dia perlu menunjukkannya sebelum dia mengatakan kata kata seperti itu.”
🚨🎥 | Nemanja Matic replies to André Onana’s comments about Manchester United being better than Lyon:
“When you are one of the worst goalkeepers in Man United history, you need to take care what you’re talking about.”
— (fan) Frank 🧠🇵🇹 (@AmorimEra_) April 9, 2025
Onana kemudian membalas di media sosial menyindir Matic bahawa sekurang kurangnya dia sudah menjulang trofi bersama kelab terbaik di dunia. Di mana ada pemain lain yang gagal melakukannya.
Dia merujuk kepada Matic yang tak pernah menang piala major bersama Man United.
Malang sekali dalam aksi menentang Lyon, Onana membuatkan Matic tersengih. Kerana melakukan 2 kesilapan berprofil tinggi.
Onana before the start of the game trolling the Lyon ultras. He single handedly cost us today. pic.twitter.com/9zEWQfPMpw
— 天蝎座 (@UtdEIIis) April 10, 2025
Ruben Amorim dilaporkan tidak gembira dengan prestasi Onana dalam perlawanan tersebut. Namun menggariskan bahawa kesilapan adalah berpasukan bukannya Onana sahaja.
Bekas jurulatih Man United, Mike Phelan berpendapat Ruben Amorim sebenarnya terpaksa mempertahankan Onana hanya untuk pandangan media. Di belakangnya Onana pasti tahu pengurus itu sedang marah dengannya.
Dan kini Amorim dikatakan sedia untuk menurunkan penjaga gol simpanan, Altay Bayindir sebagai penjaga gol utama mereka pada aksi Ahad ini.
Bayindir sudah melakukan 6 penampilan untuk United musim ini. Namun aksi aksi itu daripada piala domestik dan UEL. Tidak ada satu pun aksi EPL.