Amrabat Suka Taktikal Simeone Namun Dia Ikrar Setia Dengan Fiorentina

Nama Sofyan Amrabat meningkat naik selepas Piala Dunia 2022. Di mana dia tampil dengan sangat cemerlang dalam Piala Dunia kali ini.

Menjadikan Amrabat dicanang sebagai antara pemain yang berhak berada dalam Kesebelasan Terbaik Kejohanan pada kali ini.

Sebelum ini, ejen dia mendedahkan bahawa telefon mereka menjadi sangat sibuk menerima panggilan daripada banyak pihak.

Marca malah melaporkan bahawa, Amarabat kini berada dalam radar beberapa pasukan La Liga termasuk Barcelona dan yang paling dikaitkan dengan Amrabat adalah Atletico Madrid.

Ditanya tentang minat banyak kelab besar ke atasnya, Sofyan Amrabat berkata: “Ianya satu penghormatan untuk dikaitkan dengan kelab kelab besar ini. Namun ketika ini saya bermain untuk kelab saya Fiorentina.”

“Saya sangat menghormati kelab saya. Fiorentina pasukan yang hebat. Saya ada jurulatih yang hebat dan hubungan akrab dengan pemilik kelab, Rocco Commisso, yang bertanggungjawab menjadi individu yang membawa saya ke Fiorentino.”

“Saya juga rapat dengan Joe Barone [Pengarah Urusan] dan Daniele Prade [Pengarah Sukan]. Saya sangat menghormati mereka.”

Amrabat meningkat naik setelah bakatnya diasah lagi oleh pengurus Fiorentina, Vincenzo Italiano.

Namun bercakap tentang corak permainan yang dia gemari. Dia suka dengan cara Atletico Madrid di bawah Diego Simeone.

Amrabat sedar bahawa Atletico sedang memantau perkembangannya.

“Saya ada pengurus yang sangat hebat. Saya tak suka bercakap tentang pengurus lain. Tapi ya, apa yang Simeone telah buat, apa yang dia telah capai, dia menjadi pengurus Atletico Madrid sudah lama.”

“Saya suka corak permainan dia terapkan. Dia sudah banyak memenangi trofi dan saya sangat menghormatinya.”

“Pemain pemain dalam pasukannya semuanya kuat secara fizikal dan sangat agresif. Saya suka bermain dengan cara itu.”

Amrabat nampaknya sudah memberikan ikrar taat setianya buat Fiorentina selagi lagi dia diperlukan di kelab itu ataupun selagi di dalam kontraknya.

Namun Fiorentina pasti sedar bahawa pemain itu telah menjadi sasaran banyak kelab besar. Dan mungkin agak sukar untuk mereka cuba mengekalkan pemain tersebut.

Amrabat masih ada misi untuk perebutan tangga ketiga Piala Dunia 2022 selepas kalah di tangan Perancis dalam aksi separuh akhir.

Baca yang lain