Amrish Puri: Legenda ‘Villain’ Tiada Ganti

Bagi peminat filem Hindi era 80-an dan 90-an, nama Amrish Puri bukannya asing.

Tengok saja gambarnya pada poster filem, terus konfem cerita ni power.

Amrish Puri merupakan pelakon watak jahat yang paling legenda dalam sejarah perfileman India. Beliau ada juga membawa watak baik, tapi benda tu akan jadi unik bagi penonton.

Banyak lakonan beliau telah membuatkan hero hero baru dalam dunia perfileman dijulang tinggi kerana dia seperti memberikan servis kepada tekong.

Selain daripada beraksi di Bollywood, nama Amrish Puri juga mekar di Hollywood. Pernah berlakon dalam filem berprofil tinggi seperti Indiana Jones dan Gandhi.

Awal karier

Amrish Lal Puri berhijrah ke Mumbai pada 1950-an selepas beliau tamat sekolah.

Impiannya adalah mahu mengikut jejak dua orang abangnya yang sudah terlibat dalam industri perfileman iaitu Madan Lal Puri dan Chaman Lal Puri.

Madan merupakan perintis utama jalan untuk 3 beradik ini. Merantau ke Kalkuta seawal 1940-an lagi.

Amrish Puri sama sahaja seperti jejaka India yang lain. Mengimpikan untuk menjadi hero dalam filem.

Namun beliau banyak kali gagal dalam audition dan casting. Akibat daripada kegagalannya itu, Amris Puri bekerja di syarikat insurans.

Namun impiannya untuk menjadi pelakon tak pernah padam, walaupun dia tidak pasti berapa lama lagi api impian itu akan terus membara.

Ketika itu, Amrish Puri terlibat aktif dalam lakonan teater. Beliau mulai menjadi pelakon utama teater di bawah pengarah teater terkenal iaitu Satyadev Dubey.

Pada satu hari, persembahan teater mereka diangkat ke tv untuk tayangan – di bawah produksi MGM berjudul Maya Adventures.

Ke Bollywood juga

Lakonan beliau mendapat perhatian daripada pengarah filem. Dan beliau ditawarkan kontrak lakonan dengan abangnya Madan Puri.

Dan seperti biasalah, Amrish Puri berlakon sebagai pelakon pembantu. Pada 1970, beliau berjaya mendapatkan watak jahat utama / villain dalam filem Prem Pujari arahan Dev Anand.

https://twitter.com/Prakash4192/status/1228259564451069953?s=19

Amrish Puri mengakui filem ini adalah pelancar roket kepada kariernya. Namun selepas itu, beliau terus ditawarkan watak jahat.

Terus menempa nama

Pada era 70-an, semakin banyak tawaran watak jahat beliau terima. Termasuk berlakon dengan nama-nama besar seperti Sunil Dutt (ayah Sanjay Dutt) dalam Reshma Aur Shera.

Pada 1979, Amrish Puri menerima Anugerah Sangeet Natak Academy Award – dan sudah tentu sahaja sebagai best villain.

Tokoh penting perfileman Bollywood

Nama Amrish Puri menjadi semakin dikenali di seluruh dunia, di mana perfileman Bollywood berkembang lebih pesat pada 1980-an. Malah dalam catatan Encyclopedia of Bollywood – mengiktiraf Amrish Puri sebagai antara orang paling penting dalam memacu kegemilangan perfileman Hindustan ketika itu.

Punyalah power!

Pengarah yang nakkan filem laris dan boleh jual ke luar negara akan cepat-cepat menghubungi Amrish Puri. Tapi nak dapat tu payah, sebab dia banyak tawaran lain.

Amrish Puri dikatakan seorang pelakon yang tidak pernah demand gaji terlalu tinggi walaupun tawaran mencurah-curah. Membuatkan rezeki beliau dalam perfileman tak putus putus.

Karisma

Di luar, beliau dianggap seorang abang dan ayah yang sangat baik di kalangan pelakon muda.

Beliau tak pernah memandang rendah pelakon pelakon baharu. Malah Amrish Puri dikatakan menjadi watak jahat penting dalam mebantu karier pelakon pelakon baharu dan senior.

Pada era 80-an, Amrish Puri mulai berlakon dalam filem yang menampilkan nama besar seperti Amithab Batchan, Rajesh Khanna, dan ramai lagi.

Antara filem yang sangat laris ketika itu adalah Vidhaata dan Mr India (1987),  yang menampilkan Anil Kapoor dan Sri Devi.

Pada 1989, Amrish Puri berlakon bersama Dharmendra, Raakhee, Mithun Chakraborty, Sanjay Dutt, Madhuri Dixit, Amrita Singh, dan Om Puri dalam Ilaaka.

Beliau membawa watak  Naagar, tuan tanah yang jahat.

Pada era 1990-an, Amrish Puri merasai detik bersama dengan generasi baharu. Antaranya bersama Shah Rukh Khan dan Salman Khan dalam film tersohor Karan Arjun (1995).

Ke Hollywood

Amrish Puri kemudian terlibat dalam produksi Hollywood bersama Ben Kingsley. Di mana Amrish berlakon dalam Gandhi (1982).

Di sini Amrish menjadi kawan kepada Gandhi bernama Khan.

Amrish turut muncul dalam Indiana Jones and the Temple of Doom (1984) arahan Steven Spielberg, sebagai Mola Ram, imam besar Thuggee di Istana Pankot.

https://twitter.com/historylvrsclub/status/1229608470535688192?s=19

 

Filem terakhir Amrish adalah Kachci Sadak yang dirilis beberapa hari selepas beliau meninggal.

Selamanya legenda

Sepanjang hidupnya, beliau juga banyak berlakon dalam filem berbahasa Malayalam, Punjab, Telugu, dan Tamil.

Amrish Puri berlakon dalam lebih 400 filem di dalam kariernya.

Pemergian beliau satu kehilangan besar buat industri perfileman Bollywood dan dunia.

Baca yang lain