Robin Van Persie berkongsi detik di mana Sir Alex Ferguson mengamuk di dalam bilik persalinan.
Ianya gara-gara ada dua pemainnya kantoi pergi berparti selepas kekalahan di tangan Manchester City.
Van Persi berkata: “Pada musim pertama saya di sana, kami 15 mata di atas Man City dalam carta liga. Dan kami menjamu kedatangan Man City untuk menang liga.”
“Jika kami menang perlawanan itu, kami akan 18 mata berada di atas mereka. Dan malangnya kami kalah pada hari itu.”
Robin Van Persie Manchester United’a gol atıyor. Alex Ferguson dahil tüm Old Trafford Persie’yi ayakta alkışlıyor… pic.twitter.com/RQtKd4NuDR
— VAVO Sports (@vavosports) March 28, 2020
“Kami masih 12 mata di atas Man City. Dan kebanyakan pengurus akan ok dan tak trauma pun dengan jurang mata sebesar itu.
“Namun bos [Sir Alex Ferguson] adalah berbeza. Dia mulai mengamuk. Keadaan menjadi sangat tegang.”
“Kemudian ada dua pemain kami pergi berparti selepas perlawanan.”
“Hari berikutnya kami melihat gambar diorang dilekat pada dinding – memaparkan gambar dua pemain yang pergi berpesta hingga pagi.”
So Foot bertanya siapakah dua pemain tersebut. RvP berkata: “Saya tak boleh beritahu kamu.”
“Namun teruk diorang kena kerja dengan bos di bilik persalinan. Paling menarik, ada banyak gambar diletak pada dinding.
“Ianya tak terhenti di situ. Malah bos memberitahu kami semua: ‘Gais, dengar sini baik-baik. Jika kita terlepas liga musim ni, ianya kerana dua ekor as*hole ni pergi keluar malam dan bersuka ria. Selepas ini, kalau saya dapat tahu ada pemain yang keluar malam sebelum kita menang piala, siaplah!’.”
“Dia menambah: ‘Saya tak peduli berapa banyak piala yang kamu dah menang. Kalau kamu meninggalkan pasukan sebelum musim berakhir, hujung musim ini, sama ada kamu pergi, atau saya yang akan jual kamu’.”
“Ada beberapa pemain yang benar benar takut dengan Sir Alex Ferguson. Namun sebenarnya dia seorang yang paling senang didekati dan membuatkan kamu sentiasa relaks.”
“Selepas mendengar Sir Alex mengamuk hari itu, kami terus pergi berlatih. Rasanya itulah dua sesi latihan paling teruk dalam karier saya. Ianya gara-gara kami sekarang berada 12 mata di atas City.”
Robin van Persie explains moment Sir Alex Ferguson humiliated stars after derby defeat https://t.co/JBCz0Z39cB pic.twitter.com/he4DJR8Oeo
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 30, 2020
Van Persi kemudian menyatakan, mereka keciciran mata selepas itu di tangah West Ham, di mana mereka seri.
Beliau awalnya merasakan Sir Alex Ferguson akan lebih marah dan latihan yang lebih berat akan diberikan.
Namun sebaliknya yang berlaku. Di mana Sir Alex Ferguson menenangkan para pemainnya agar tidak terlalu tertekan dalam mengejar kejuaraan, kerana mereka sudah semakin hampir dengannya.
“Kami kemudian keciciran mata di tangan West Ham. Namun Sir Alex Ferguson pada masa itu cuba mengurangkan tekanan kepada kami. Beliau tahu bila masa harus garang dan mengamuk, serta bila masa beliau kena tenangkan pemain.”
Dalam temu ramah yang sama, Van Persie menganggap Sir Alex Ferguson sebagai master of clarity.
Beliau seorang yang sangat pakar dalam menyampaikan ideanya kepada para pemain agar semua faham.
Malah ada sekali Sir Alex Ferguson berkata kepada star dia yang lain, kalau mereka tak dapat melakukan hantaran menemui Van Persie, maka mereka tak akan bermain.