Anak Park Hang Seo Perlekehkan Shin Tae Yong Yang Salahkan Pengadil

Selepas mengutuk prestasi pengadil dalam aksi perlawanan antara Indonesia dan Vietnam, Shin Tae-yong diperlekehkan oleh anak lelaki kepada Jurulatih Pasukan Kebangsaan B-23 Vietnam.

Ianya  gara gara Shin Tae-yong menyalahkan pengadil dan mengkritik prestasi pengadil selepas pasukan kebangsaan Indonesia U-23 kalah 0-3 kepada Vietnam pada perlawanan pertama Sukan SEA 2021.

Shin Tae Yong turut menganggap tuan rumah mendapat kelebihan daripada pengadil berbanding dengan Indonesia.

Pada sidang media selepas perlawanan, Shin Tae Yong bengang dengan keputusan pengadil menghadiahkan gol pertama Vietnam.

Gol pertama Vietnam yang dijaringkan oleh Nguyen Tien Linh pada minit ke-54 pada kedudukan ofsaid.

“Saya tak boleh cakap banyak. Namun gol pertama Vietnam adalah ofsaid tetapi ia tidak diputuskan ofsaid oleh pengadil,” kata pengendali skuad kebangsaan Indonesia berasal dari Korea Selatan itu.

Beliau kemudian merasakan bahawa pengadil berat sebelah memihak kepada pasukan tuan rumah.

“Mungkin tuan rumah akan mendapat kelebihan.”

“Dengan satu gol itu, suasana keseluruhan pasukan kami serta-merta berubah. Sayang sekali.”

Selepas mendengar kenyataan ini, Park Chan-sung, anak kepada kakek Park Hang-seo, jurulatih pasukan kebangsaan B-23 Vietnam, bersuara.

Park Chan-sung menerusi status di akaun LINE peribadinya menyindir kenyataan Shin Tae-yong.

Menurutnya, Pasukan Kebangsaan B-23 Indonesia sememangnya mempunyai tahap yang jauh berbeza dengan Vietnam. Indonesia tidak setanding dengan Vietnam.

“Berhenti membuat alasan, ia hanya perbezaan kelas antara pemain dan jurulatih,” tulis anak Park Hang-seo itu.

Selain itu, dia juga menyindir Shin Tae-yong sebagai jurulatih yang tahap kualiti dan standardnya jauh berbeza dengan ayahnya.

Dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Viet Tri, Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada Vietnam. Kesemua gol kemenangan tuan rumah hadir pada separuh masa kedua.

Vietnam berjaya memecah kebuntuan menerusi percubaan Nguyen Tien Linh pada minit ke-55 sebelum rembatan jarak dekat Do Hung Dung pada minit ke-74. Rembatan jarak jauh Le Van Do pada minit ke-88 melengkapkan kemenangan Vietnam 3-0.

Aksi seterusnya, Pasukan Kebangsaan B-23 Indonesia akan menentang Timor Leste pada 10 Mei 2022. Indonesia pastinya sedar mereka harus bangkit segera.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.