Analisi: Itali ‘Terbang Tinggi’ Bersama Rekodnya Dan Tunjukkan ‘Sifat’ Menyerang

Itali yang sarat dengan rekod peribadi tampil cemerlang pada 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Dibawah bimbingan Roberto Mancini,  Itali merupakan pasukan yang lebih menyerang berbanding hanya dikenali sebagai pasukan bertahan.

Ia dibuktikan dengan 7 gol yang dihasilkan, lebih baik dari Belanda dan Belgium yang juga mencatat kemenangan 100%.

Itali melebarkan rekod yang dibawanya pada kejohanan besar, tidak kalah sepanjang 30 perlawanan dan tidak bolos pada 11 perlawanan terakhirnya.

Serangan Itali lawan Turki mengejutkan

Sejak 100 tahun Itali tidak pernah dikenali sebagai pasukan yang pandai melakukan serangan.

Dalam kejohanan besar pasukan ini juga terkenal dengan rekod penyerang lemau terutama perlawanan peringkat kumpulan sebelum mantap di pusingan kalah mati.

Namun sebaliknya berlaku ketika Itali turun bertemu Turki pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik, Roma.

Itali melakukan 25 percubaan, 20 darinya melalui permainan terbuka. Angka itu merupakan paling tinggi dilakukan berbanding mana-mana pasukan yang bertanding. Ia menunjukkan Itali sudah mempunyai sifat menyerang.

Penyerang Itali, Ciro Immobille memahat nama sebagai penjaring gol seawal perlawanan pertama disamping menyumbang 1 bantuan gol. Sesuatu yang baik untuknya ketika beberapa negara besar masih bermasalah dengan amaun jaringan.

Karim Benzema (Perancis) dan Harry Kane (England) antara penyerang yang mula menunjukkan tekanan. Sementara itu Alvaro Morata sering menerima kritikan.

Baca juga

Analisis: Belanda Tampilkan Peningkatan Pada Setiap Perlawanannya

Itali kekalkan status pasukan yang mahir bertahan

Apabila pasukan ini tidak bolos dalam banyak perlawanan sudah pasti unit pertahanannya berada dalam prestasi luar biasa. Itali memperlihatkan keistimewaan di unit tersebut ketika bertemu Switzerland.

Switzerland menjadi pasukan ke-10 gagal membolosi gawang yang dijaga oleh Gianluigi Donnarumma. Switzerland mempunyai 6 percubaan dan conversion rate adalah 0%.

Walaupun Itali tidak menerapkan permainan attacking play football dalam perlawanan itu, namun anah buah Mancini masih mampu menjaringkan 3 gol sama seperti perlawanan pertama.

Jadi pasukan ini cukup seimbang dalam permainan bertahan atau menyerang.

Barisan simpanan

Selepas mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Mancini melakukan rombakan besar pada perlawanan ke-3, menurunkan 8 pemain simpanan termasuk ‘ujian’ kepada Marco Verratti.

Emerson, Alessandro Bastoni, Rafael Matteo Toloi, Pessina, Federico Chiesa, Federico Bernardeschi dan Andrea Belotti antara pemain yang diberi peluang untuk menamatkan perlawanan peringkat kumpulan.

Selepas barisan ini menewaskan Wales 1-0, Mancini mendapat masalah baru. Pemain manakah bakal digunakan dalam perlawanan seterusnya.

Manuel Locatelli yang mengisi tempat Verratti menujukkan prestasi cemerlang ketika menewaskan Swtizerland. Verratti yang baru pulih dari kecederaan menampilkan aksi sama ketika bertemu Wales.

Malah Matteo Pessina boleh menjadi penentu keputusan apabila jaringan tunggalnya menjadi gol kemenangan lawan Wales. 2 kemenangan Itali disumbangkan oleh pemain simpanan.

Rumusan

Perlawanan pertama Itali bermain dengan corak menyerang, perlawanan ke-2 seimbang antara menyerang dan bertahan. Pada perlawanan terakhir Itali lebih kepada bertahan menggukan barisan pemain ke-2.

Selain layak ke pusingan ke-2 dan menjadi juara kumpulan, Itali terus melebarkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolosnya.

Itali bakal bertemu Austria dan adakah pasukan ini bakal menjadi mangsa ke-31 skuad Mancini?

 

Baca yang lain