Analisis: Saksikan Bagaimana 2 Pressing Genius Lacazette Yang Menciduk Liverpool

Arsenal menang 2-1 ke atas Liverpool dalam aksi yang didominasi pasukan lawan.

Arsenal menjaringkan dua gol daripada perlawanan ini menerisi Lacazette dan Reiss Nelsson.

Ianya selepas Sadio Mane meletakkan Liverpool di hadapan.

Namun yang menariknya adalah pemposisian (positioning) Alexandre Lacazette dalam kedua dua gol tersebut.

Memang gol itu orang kata ‘hadiah’ daripada Van Dijk dan Alisson. Entah apa merasuk Van Dijk sampai tertukar roh dengan Luiz malam tadi. Luiz pula tetiba power.

Van Dijk dan Alisson memang melakukan kesilapan tak sepatutnya dalam perlawanan ini.

Mereka terlalu kasual selepas merasakan dominasi yang tinggi. Overconfident la tu. Tu yang memakan diri. Nasib baik game ni bukan penentu kejuaraan.

Kalau tak, hmmmm, slip lagi la jawabnya kan.

Analisis

1. Lacazette mengetuai high pressing

2. Van Dijk ditekan, Lacazette kekal di high line

3. Antisipasi – Lacazette menjangka tindakan VVD akan backpass dalam situasi ini dan dia mulai bergerak.

4. Van Dijk yang awalnya tak aware dengan gerakan Laca tu, tetiba perasan ada movement dan dia mulai terperangkap (caught two minds) – Dia tahu dia dah ‘kena’ masa ni dan korang akan perhatikan dia cuba tukar keputusan dia namun dah terlambat.

Hantaran lemah Van Dijk dipintas dan Lacazette skor. Letak Ahmad Idham situ pun skor benda macam tu, inikan pula Laca.

Ok kita move ke second goal Arsenal jaringan Rheiss Nelsson. Di mana sekali lagi antisipasi Lacazette sangat bagus.

Dia dalam keadaan bersedia. Ini yang penting body positioning. Ramai pemain memiliki body positioning yang pasif dalam situasi ini.

Kualiti Lacazette ni sebab dia produk kelahiran Eropah biasanya mereka dah biasa benda macam ni.

Dengan mudah dia menghukum kesilapan Alisson. Lihatlah sendiri.

https://twitter.com/i/status/1283491867309506565

Rumusan

Selain daripada Lacazette, kredit juga kepada Reiss Nelsson. Mereka ibarat menggali tempat yang ada permata, walaupun tak bekerja banyak sangat seperti Mane, Salah dan Firmino.

Arsenal sentiasa cuba pressing dalam unit walaupun mereka kerap kali dilepasi dengan mudah. Namun para pemain terus melakukannya apabila perlu.

Ini yang dimaksudkan dengan disiplin.

Liverpool dihukum kerana dua defensive errors daripada 2 pemain yang berkaliber.