1. Kurangnya kualiti di midfield defensif
Perkara yang paling jelas untuk melakukan gegenpressing adalah kualiti pemain di tengah defensif / DM ataupun Pivot. Buat masa ini, Man United bergantung kepada gandingan McFred sebagai pilihan utama.
Dan Matic dijadikan pilihan kedua untuk berada di tengah sebagai pivot.
Pemain pemain ini tidak begitu dinamik untuk bertahan dan menyerang. Matic boleh bertahan dengan baik namun bukan agresif menyerang atau high pressing.
Fred pula sebaliknya.
Sementara McTominay terlalu bergantung kepada kudrat dan tidak begitu cerdas dalam decision making.
Kita mengharapkan pemain seperti Van De Beek akan cemerlang dalam sistem Rangnick. Tetapi pemain itu sendiri masih gagal mendapat tempat dalam pasukan.
Adakah kehadiran Pogba akan menyelesaikan masalah ini? Rasanya tidak.
Pembelian pemain oleh Man United yang terlalu bertumpu kepada unit serangan dalam beberapa jendela perpindahan lalu membuatkan mereka lack of quality di DM.
2. Kuda tua
Mungkin ada akan menilai ini satu perlecehan. Tetapi, anda tidak boleh mengharapkan Ronaldo dan Cavani untuk melakukan pressing 90 minit dalam setiap perlawanan, seperti mana dilakukan Mane, Salah dan Fimino di Liverpool ataupun De Bruyne, Bernardo Silva dan Jesus di City mahupun unit serangan Chelsea.
Ronaldo memiliki keinginan untuk melakukan high pressing dan track back. Namun pada usianya yang sudah 36 tahun, anda perlu tahu bahawa kudratnya tidak seperti dahulu.
Lihat komitmen abang Do di sini:
I’ve never seen Ronaldo track back like that, man really didn’t want to play Europa League 💀 🏃🏻♂️💨 pic.twitter.com/FhFVK3q8t2
— GeorgeK VII 👑 (@GeorgeK_VII) October 20, 2021
Dengan keupayaan Ronaldo yang ditagih di depan gol, mungkin dia akan diberikan vice versa untuk kekal di atas menunggu servis datang kepadanya.
Inilah masanya untuk pemain seperti Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Greenwood untuk up kan nama mereka untuk memberitahu dunia bahawa mereka adalah penyerang yang mampu memberikan high pressing yang betul dan rajin.
Masalahnya sekarang ini, pemain pemain muda itu sendiri kerapkali dikeluarkan kerana tidak membantu pertahanan dan pressing.
Frank Lampard pernah menegur pemain pemain Chelsea ketika mereka melakukan pressing hanya dengan berlari dan akhirnya keletihan. Kerana high pressing bukan bermaksud anda press sepanjang masa. Tetapi melakukan pressing pada kadar intensiti sesuai di tempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai.
Luke Shaw selepas aksi berdepan Wolves mempersoalkan komitmen para pemain untuk melakukan pressing.
Manakala Rangnick melabel pasukannya sebenarnya langsung tidak melakukan pressing.
3. Tiada general untuk gegenpressing
Bukan tugas yang mudah untuk memasukkan DNA permainan yang baharu dalam pasukan yang sudah lama bermain dengan sistem yang lebih pragmatik.
Ianya memerlukan dua atau tiga pemain yang boleh mengendalikan sistem di atas padang.
Sebab itu perkara pertama Klopp fikirkan ketika mahu melengkapkan gegenpressingnya di Liverpool adalah Van Dijk. Pemain yang boleh berteriak memaki dan menyedarkan pemain di hadapannya apabila shape pasukan lari.
Di tengah mereka ada Liverpool dan Adam Lallana sebelum sistem itu perlahan lahan mulai difahami satu pasukan.
Di Man City, Pep Guardiola membuat beberapa signing awal berdasarkan sistem dan ada beberapa pembelian gagal digantikan segera untuk memastikan sistem mereka berjalan betul. Misalnya Claudio Bravo yang baru dibeli, kemudian mereka membeli Ederson pada musim berikutnya.
Dengan Ralf Rangnick menyatakan dia tidak berminat untuk membeli mana mana pemain pada Januari ini, beliau pastinya sedang memikirkan unit pemain untuk memegang kunci permainan beliau.
Jika United memutuskan untuk mengekalkan sistem ini di masa akan datang, mereka sudah tahu bahawa pemain tengah yang cerdas secara tatikal sangat diperlukan.
4. Formasi 4-2-2-2
Harus diakui formasi ini sangat sukar kerana ianya rare. Ia memerlukan pemain pemain United benar benar synchronized sebagai satu unit. Bermain dalam sistem high pressing dalam asas formasi 4-2-2-2. Kerana biasanya pengurus menggemari asas 4-3-3 ataupun 4-2-3-1 untuk asas high pressing.
Formasi ibarat nombor telefon. Anda kena hafal atau simpan dalam memori. Jika terdail nombor yang salah anda akan bercakap dengan orang yang salah.
Sebelum ini laporan oleh koresponden mesrra United, menyatakan Rangnick terpaksa melanjutkan sesi latihan taktikal sehingga ke malam kerana masih ramai pemain blurr dengan sistem.
Sistem ini sangat bergantung kepada no.8 di hadapan DM. Oleh sebab itu dalam aksi berdepan Wolves, Rangnick mendapatkan tempo lebih baik di serangan dengan adanya Bruno Fernandes yang masuk.
Pemain no.8 akan menjadi sangat fleksibel. Sebelum ini Rangnick memuji Sancho bermain sistem tersebut.
Jadi taklah terjadi sistem yang memberikan laluan kepada orang lain masuk macam ini:
Like Saint Maximin, like Moutinho.
Penetrating Rangnick’s Man United 4-2-2-2 never been easier. 😂 pic.twitter.com/aUSBNJImlj— FORLÁN (@Viqforlan) January 3, 2022
5. Wingback progresif
Wingback yang progresif ini bukan sekadar wingback yang ofensif. Progresif bermaksud mereka boleh melarikan bola naik ke atas dan gerakan itu akan mencetuskan ancaman secara terus.
Senang cerita, macam Trent Alexander Arnold, Reece James dan Joao Cancelo buat.
Mereka bukan bergantung kepada aksi berlari ke tiang corner dan melakukan cross semata mata. Sebaliknya mereka akan sinergi dengan barisan tengah apabila di tengah dan bertindak seperti seorang winger playmaker apabila masuk ke rantaian pemain serangan.
Dalam beberapa perlawanan awal, Rangnick menggunakan Dalot dengan Telles. Dua pemain ini ada ciri ciri progresif. Namun United berdepan masalah dengan track back kerana pemain pemain serangan United kerap malas menutup lubang ditinggalkan dua pemain itu.
Lalu Rangnick perlukan fullback lebih defensif seperti Wan Bissaka dan Luke Shaw buat masa ini. Luke Shaw boleh dikatakan bermain baik. Namun Wan Bissaka, keupayaannya untuk bermain peranan progresif masih perlu diperbaiki.