Analisis: Allegri Sengaja Minta Dipecat? Juventus Adalah Pasukan Malas Ketika Ini

Max Allgeri sebelum ini menyatakan bahawa dia tak takut dengan pemecatan. Dan yakin dia tak akan dipecat oleh Agnelli musim ini walaupun prestasi Juventus teruk macam mana sekalipun.

Juventus mencatatkan rekod buruk di UCL musim ini. Dengan dua kekalahan dalam perlawanan pembukaan.

Di Serie A, Juventus hanya meraih 10 mata daripadda 21 yang ditawarkan setakat ini. Mereka hanya menang ke atas Sassuolo dan Spezia. Diikat oleh Sampdoria, Roma, Fiorenntina dan Salernitana.

Kebanyakan perlawanan yang mereka seri adalah perlawanan yang mereka hampir kalah atau berhak kalah.

Terbaru, Juventus dikejutkan oleh pasukan kerdil Monza.

Allegri menegaskan bahawa pasukannya ada masalah dengan kecergasan. Dengan beberapa pemain utama cedera termasuk Federico Chiesa dan Paul Pogba. Dua pemain yang dianggap gamechanger.

Namun harus diakui, pasukan Juventus masih memiliki skuad yang berkualiti di kalangan pasukan Serie A. Kegagalan meraih mata penuh ke atas Sassuolo, Spezia, Sampdoria, Salernitana dan Monza dianggap sangat teruk.

Sementara itu, Fiorentina menjual pemain terbaik mereka ke Juventus pertengahan musim lalu iaitu Dusan Vlahovic. Fiorentina malah memulakan musim ini tidak begitu jauh bezanya dengan Juve.

Vlahovic pada 2021, menjaringkan 33 gol dalam Serie A. Hanya Felice Borel (41 gol pada 1933) dan Gunnar Nordahl (36 gol pada 1950) memiliki rekod gol setahun yang lebih baik.

Vlahovic malah menjadi pemain yang dibandingkan dengan Erling Haaland sebelum ini. Kini pemain itu bergelut dengan prestasinya.

Selain itu Juve turut mendapatkan pemain kreatif Angel Di Maria. Di mana pemain itu mendapat kad merah pada Ahad. Mungkin Juventus mahu menjadikan alasan 10 vs 11 sebagai alasan kekalahan kepada Monza. Menurut Whoscored, ketika 40 minit aksi 11 vs 11 menentang Monza, pasukan Monza menikmati penguasaan bola lebih tinggi iaitu 56.4% dengan percubaan lebih banyak iaitu 7 berbanding 6 oleh Juve.

Monza turut mencatatkan ketepatan hantaran lebih baik (85%-78%), dan lebih banyak sepakan penjuru (3-1).

Juve jadi pasukan malas

Pengurusan kecergasan Allegri kini menjadi subjek perbincangan apabila Matthijs De Ligt dengan terbuka memberitahu bahawa di Itali, sangat sukar untuk dia kekal cergas sepenuhnya.

Nagelsmann turut menyatakan: “Saya bercakap dengan De Ligt selepas latihan dan dia menyatakan latihan yang dia sertai hari itu adalah yang paling berat / intensif pernah dia lalui dalam 4 tahun ini.”

“Sebenarnya latihan kami hari itu bukan yang sangat berat tetapi tidaklah terlalu ringan. Saya dengar di Itali dia sukar untuk kekal cergas.”

De Ligt seterusnya berkata: “Kedua dua pengurus memiliki pendekatan yang keras. Namun di Itali fokus adalah lebih kepada taktikal dan sistem dan kurang menumpukan aspek intensiti. Malah kurang sangat penekanan untuk larian dan pecutan.”

Arthur Melo berdepan masalah yang sama ketika menyertai Liverpool. Di mana Jurgen Klopp tidak gembira dengan tahap kecergasan pemain itu kerana tak cukup untuk menampung intensiti taktikal permainan mereka.

Masalah kecergasan di bawah paras minimum mendedahkan lagi pemain dengan risiko kecederaan.

Paling menarik, di Itali ada wartawan membuat spekulasi bahawa Klopp mahu memulangkan Arthur Melo kerana malas bekerja untuk memperbaiki aspek kecergasannya.

Selama bartahun tahun Arthur Melo seringkali menjadi subjek kepada tuduhan malas berlatih.

Tetapi, laporan terbaru menyebut bahawa Arthur Melo sendiri meminta agar dia terlibat dalam tugasan B-21 Liverpool dan melakukan sesi latihan berganda untuk memperbaiki aspek kecergasannya selepas dia terkejut melihat laporan kecergasannya berbanding piawaian minimum di Anfield.

Whoscored melaporkan bahawa, pemain paling jauh jelajahan larian di atas padang untuk Juve ialah Manuel Locatelli dengan purata 10.54km per perlawanan. Angka itu sebenarnya meletakkan dia di ranking semasa di tempat ke-36 dari kalangan pemain Serie A.

Dia satu satunya pemain Juve berada dalam top-50 untuk kategori itu. Dengan pemain Inter mengetuai senarai iaitu Marcelo Brozović diikuti bintang Lazion, Sergej Milinković-Savić.

Agak kontra dengan era Allegri yang dulu ketika di Juventus. Mereka memiliki pasukan yang sangat rajin berlari terutama sekali dengan gandingan Pogba dan Vidal di tengah.

Walaupun ada isu yang kompleks dan rumit di kiri dan kanan, Allegri masih lagi yakin dia akan selamat.

Allegri sengaja melakukan apa sahaja untuk dipecat?

Terbaru Fabrizio Romano melaporkan bahawa, CEO Juventus sendiri memberikan jaminan bahawa pengurus itu akan terus kekal dan tak akan dipecat. Alasannya, mereka masih ada projek jangka panjang yang menarik.

Arrivabene berkata: “Adalah memang gila untuk memecat Allegri sekarang. Allegri ada projek di Juventus dan akan dibangunkan dalam masa 4 tahun ini.”

Selain itu terdapat juga teori menyatakan bahawa Allegri cuba sedaya upaya minta dipecat. Ini kerana Juventus akan membayar pampasan sangat tinggi kepadanya jika dia dipecat dengan kontraknya bernilai €9 juta setahun sehingga 2025. Menjadikannya antara pengurus menerima gaji paling lumayan di Eropah.

Secara kasarnya, jika Juve memecat dia sekarang, mereka harus membayar sekurang kurangnya €25 juta. Itu belum termasuk gaji staf kejurulatihannya yang lain.

Lantas, ada juga yang menyatakan bahawa Juventus menganggap adalah lebih baik mengekalkan Allegri terlebih dahulu berbanding memecatnya sekarang. Ini kerana Juve berdepan masalah kewangan selepas pandemik.

Tetapi itu bukan jaminan Allegri akan kekal selama kontraknya masih ada. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa, Juventus sedang mempertimbangkan pengurus seperti Tuchel atau Zidane pada masa ini.