Analisis: Apa Yang Membuatkan Liverpool Main Huru Hara Di Craven Cottage

‘Padang yang kering’, kata Klopp. Merujuk kepada kesukaran mereka beraksi di padang lawan yang ternyata tidak mahu memberikan kelebihan kepada Liverpool.

Ianya adalah pakej kejutan kepada Liverpool. Di  mana mereka tidak diberikan peluang untuk bermain dalam kondisi yang dikehendaki mereka.

Fulham tidak membenarkan Liverpool mendapat tempo dari awal perlawanan sehingga ke minit akhir.

Mereka nampak sangat mengancam setiap kali melakukan serangan balas.

1. Back 4 Liverpool rapuh

Boleh dikatakan kesemua pemain back 4 Liverpool tidak bermain baik. Trent Alexander Arnold diketahui memang bukan pemain yang bagus dalam bertahan secara fizikal. Namun masalah dia dan Robbo yang lain adalah terlalu banyak kesilapan pada fasa build up di bawah dengan banyak bola hilang.

Virgil Van Dijk membuat kesilapan defensif memberikan penalti. Itu pelengkap kepada katalog kisah back 4 Liverpool.

Alisson tidak terlepas, di mana dia mungkin harus lebih baik dalam menghadang bola tandukan Mitrovic ke near post. Alisson tidak fit sepenuhnya, dan kesalahan lebih besar pastinya pada Trent ketika gol itu.

2. Masalah bahagian tengah

Tiada pemain yang mampu mengubah permainan menjadi lebih penetratif di tengah. Liverpool memasukkan Harvey Elliot dan Carvalho. Tetap tak memberikan impak terutama sekali Elliot.

Tengok di sini, bagaimana dia berada di zon half space bersama sama dengan Arnold. Arnold kebiasaanya berada di situ dalam sistem wide playmaking Liverpool.

Elliot membazir unit pemain dengan meletakkan dirinya di zon yang entah apa apa. Selalunya kita lihat pemain seperti Thiago akan cuba berada di zon dia cover posisi Arnold apabila diserang balas.

Menentang Liverpool, apabila lawan berjaya memusnahkan shape mereka di tengah, maka rosak terus organisasi satu pasukan. Kerana mereka boleh menukar plan A kepada B atau C atau ke D, dengan syarat bahagian tengah mereka bermain bagus.

Fabinho dikeluarkan memberikan isyarat bahawa Klopp mahu menukar strategi total di tengah, tapi grip tetap tak dapat.

Liverpool ada penguasaan tinggi namun tak penetratif.

3. Serangan

Department terbaik untuk Liverpool adalah serangan. Masih mampu menjaringkan gol di kala pasukan bermain bola sepak yang teruk.

Berdepan dengan Fulham yang sangat disiplin dan fizikal, bukan hari yang mudah.

Fulham tidak mahu memudahkan hidup Liverpool langsung. Mereka akan sentiasa bertindak buas memburu pemain lawan mereka. Kredit kepada sistem permainan berpasukan Fulham.

Tetapi Liverpool harus memperbaiki aspek permainan agar menjadi lebih baik. Misalnya Robertson yang melakukan half shot ketika dia menghantar bola kepada Diaz. Terlalu kuat.

Seterusnya 2 kali woodwork adalah menunjukkan aspek ketajaman perlu diperbaiki.

Darwin Nunez gamechanger dalam perlawanan ini. Dia memberikan masalah kepada Fulham kerana posisinya yang tidak berada di satu zon.

Rumusan

Klopp berkata ianya 1 mata dimenangi berbanding kehilangan 2 mata. Bermaksud, dengan permainan seteruk semalam, Liverpool berhak kalah.

Cara Liverpool memulakan perlawanan adalah yang paling teruk. Tapi kredit kepada respon yang ditunjukkan ketika cuba mendapatkan sekurang kurangnya 1 mata.

Seterusnya Fulham benar benar memanfaatkan kelebihan tuan rumah atau home advantage. Itulah bola sepak. Buat apa nak bagi lawan main dalam kondisi padang yang mereka suka?

Antara cara lain digunakan untuk menghalang pasukan macam Liverpool ni adalah simpan rumput panjang sikit.

Fulham juga bermain dengan sistem 4-4-2 yang berani dan sangat baik ketika menekan Liverpool di zon tinggi.