Arsenal tewas di tangan salah sebuah pasukan yang memiliki rekod away yang buruk iaitu Brighton.
📊Brighton's away PL record v 'Big 6' clubs since promotion:
LLLLLLLLLLLDLLLLWAll 4 points gained in those 17 games have come at Arsenal pic.twitter.com/w2OYU3W2I8
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 5, 2019
Secara keseluruhan perlawanan ini langsung tidak mencerminkan bola sepak Arsenal.
Arsenal tak intensif
Arsenal tak cukup intensif. Mereka tidak ada pressing yang benar-benar bagus secara unit.
Sekali lagi Arsenal menjadi pasukan yang gagal bertahan secara unit. Bertahan secara unit ni bermula dari atas. Bukan back 4 sahaja.
Pemain penyerang adalah pertahanan pertama anda apabila pasukan lawan mengambil alih penguasaan bola.
Saya suka dengan gandingan Ozil Aubameyang dan Lacazette. Namun ketiga tiga mereka sekali lagi tidak melakukan kerja yang bagus dalam menjadi first line pressing.
Benda ni kekadang soal komitmen dan motivasi. Buat masa ni ramai pemain Arsenal yang hilang motivasi. Kecuali Bernd Leno la kot. Dan Aubameyang pun sama la. Cuma dalam game ni gesture dia nampak down sikit.
Seterusnya mereka turut hilang intensiti ketika menyerang. Ini kerana mereka gagal untuk mendapatkan lebih penguasaan bola.
Harus diakui pasukan lawan bermain bermain baik. Namun sebab utama mereka bermain baik adalah kerana mereka ada keberanian untuk melihat ada peluang mereka mendapatkan sesuatu.
Malah Freddie Ljungberg sendiri mengakui pasukannya memberikan ruang kepada pasukan lawan di dalam kawasan mereka (Arsenal).
Pemain utama tercari rentak
Apabila Aubameyang gagal memberikan aksi terbaik pasukan ini akan tercari rentak.
Mesut Ozil diletakkan di wide area gagal memberikan impak.
Lihat heatmap ini. Jelas mereka ada masalah dengan zon 14. Terberlubang kat situ.
Di tengah, 3 pemain mereka terpecah dan kurang sokongan daripada bahagian atas ketika bertahan.
Seperti saya katakan sebelum ini. Bermasalah macamana sekalipun Arsenal, menjaringkan gol sentiasa bukan masalah mereka.
Cuma kadangkala gol itu sukar nak berikan mata apabila bolos yang teruk.
Isu kena buli di defensive third
Nak tak nak istilah yang digunakan bagi menggambarkan situasi Arsenal ketika bertahan.
Arsenal terus menjadi pasukan paling banyak menghadapi shot daripada pasukan lawan.
52 – Arsenal have faced 52 shots on target in eight home league games this season – more than they did at Highbury in the entirety of their last title winning campaign of 2003-04. – https://t.co/sSaKiFkvnC
— r/gunners (@rslashgunners) December 6, 2019
Korang bayangkan dalam perlawanan ini mereka dirembat 20 kali oleh pasukan lawan. 8 lebih banyak daripada yang mereka catatkan.
Ianya berbalik kepada isu bertahan secara unit. Pemain sayap serangan kena track back pemain side back lawan.
Pemain tengah bertiga kena menjadi shield Kepada back 4. Semua itu sangat lemah di dalam pasukan Arsenal. Lawan sentiasa ada akses ke final third dengan mudah.
https://youtu.be/0x0m3w8e1S4
Rumusan
Asma terkini sangat-sangat memerlukan kemenangan untuk mereka memulihkan semula motivasi dan keyakinan mereka.
Jelas sekali prestasi yang mereka hadapi ketika ini lebih daripada sekadar krisis prestasi secara taktikal ataupun teknikal. Tetapi juga melibatkan mentaliti.
Dengan satu kemenangan mereka akan mendapat semula sedikit aura positif tu. Dari mental yang kuat barulah boleh membentuk fizikal yang bersemangat.
Ljungberg pula harus berani untuk melakukan perubahan taktikal. Ketika ini beliau lebih kepada tidak mahu terlalu drastik dalam perubahan.
Pedulikan itu semua. Orang dah letakkan kepercayaan, dan gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan sesuatu yang kamu rasa perlu.
Arsenal sudah dalam fasa nothing to lose dan harus melakukan apa sahaja untuk mengejar slot 4 teratas. Kalau nak la.
Para pemain perlu kembalikan karakter masing masing. Keputusan buat masa ini kurang memihak. Inilah cabaran nak bangkit. Pemain pro memang dibayar mahal untuk semua ini.