Analisis: Arsenal Yang Lebih Laju, Intensif Dan Lebih Bertanggungjawab

Arsenal semalam menang 3-1 dalam derbi London berhadapan dengan pasukan West Ham.

Menyaksikan Arsenal beraksi awal pagi biasanya bukan menjadi perkara yang bagus untuk difikirkan peminat Arsenal.

Namun semalam memang berbaloi. Pada separuh masa pertama mereka masih Arsenal yang kita kenali – yang menyebabkan pasukan 9 perlawanan kemarau kemenangan.

Cuma aksi separuh masa pertama Arsenal tu, memang aksi yang tak layak dapat apa apa bagi saya.

Apa yang aku nak habaq mai kat hangpa semua adalah Arsenal pada separuh masa kedua.

Arsenal itu yang lebih laju dan Arsenal yang lebih bertanggungjawab untuk memberikan kemenangan kepada para penyokong mereka.

Ada dua nama penting dalam kebangkitan Arsenal, iaitu Martinelli dan juga Nicolas Pepe.

Martinelli mendapat debut penuh EPL beliau dan berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan masuk separuh masa kedua.

Pemain yang kita tahu memang berbakat. Martinelli lebih tajam dalam separuh masa kedua berbanding dengan agak gemuruh jiwa walaupun ada semangat membara.

Martinelli lebih pantas melepaskan bola kepada pemain di koridor lain untuk dia cepat akses ke dalam kotak penalti. Itu yang membuatkan dia separuh masa kedua susah sikit pemain West Ham nak pakuk kaki dia.

Nicolas Pepe telah berjaya memberikan aksi terbaik beliau dalam kebangkitan Arsenal.

Gol kedua Arsenal adalah tipikal gol yang beliau selalu lakukan di Ligue 1. Cut inside dan shoot. Walaupun ada isu dengan overplay yang tak sepatutnya, namun Pepe efektif dalam perlawanan ini.

Lepas tu, untuk gol Aubameyang beliau membuka ruang yang tak terlalu wide di kanan dan kemudian melakukan lencongan sesedap rasa. Auba pun melipat bola tu. Tiada masalah.

Itu yang Arsenal lama dah hilang. Mereka hilang motivasi dan kepantasan dalam gerakan.

Mereka hilang rasa lebih tanggungjawab dan komitmen untuk bangkit.

Seterusnya adalah intensiti permainan. Mereka intensif dan tidak monyok kali ini. Kau tengok stats ni:

Apabila sekadar intensif tapi tak ada kualiti pun tak guna.

Arsenal menjaringkan 3 gol daripada 3 on target pertama mereka.

Dan dari sini pun kau tahu, yang separuh masa pertama meriam mereka tersumbat teruk. 0 on target.

Dari segi taktikal, Arsenal bermain dengan sistem yang lebih teamplay. Mesut Ozil menjadi no.10 dalam sistem yang ditunjangi Pepe dan Martinelli di wide area. Dan membiarkan Aubameyang di hadapan tanpa perlu terlalu drop deep sebab stok bola putus.

Kemenangan ini sangat penting untuk pasukan Arsenal. Ia akan melepaskan banyak perkara dalam jiwa dan sanubari mereka.

Namun harap mereka terus bermotivasi la. Next game akan menjadi lebih penting selepas kemenangan ini.

Harap si Pepe ni terus bermain macm aksi dia yang separuh masa kedua tu semalam. Cuma kurangkan sedikit dribble yang terlalu banyak dan tak perlu.

Kau tengok masa dia decisive dan cepat buat keputusan, elok je kan.

Dan ini merupakan kemenangan pertama Arsenal di tempat lawan daripada kedudukan mereka ketinggalan sejak 2011. Sebab tu aku gelar Arsenal ni beberapa musim ni pasukan homesick. Mereka kena imbangi kekuatan di home dengan kat away.

Moralnya di sini, apabila sudah membuat onar, sila bertanggungjawab. Itu yang berjaya dilakukan Arsenal. Dan fans peduli apa dengan bolos separuh masa pertama apabila dah menang kan.

Baca yang lain