Analisis: Arteta Mengubah Sistem Pressing Arsenal Demi Xhaka

Setiap kali Granit Xhaka ada di atas padang pada era Unai Emery, peminat Arsenal boleh menjangkakan dua perkara, sama ada dia akan menerima kad merah ataupun dia akan membuatkan pasukannya down kerana kesilapan ketika bertahan.

Ketika Mikel Arteta mengambil alih Arsenal, antara pemain pertama beliau mahukan untuk kekal ialah Granit Xhaka.

Membuatkan pemain itu membatalkan hasratnya untuk menyertai kelab Jerman.

Namun pada fasa awal, Mikel Arteta juga bergelut untuk mendapatkan yang terbaik daripada Granit Xhaka.

Kerana pemain itu terlalu suka melakukan bentesan tak perlu ketika high pressing. Dia mengingatkan kita kepada Paul Scholes. Di mana Xhaka sangat lemah dalam bentesan walaupun dia seorang pemain dengan passing padu dari segi kualiti, dan jarak / range.

Sehinggakan Xhaka seringkali dianggap pembelian yang teruk dan harus dijual. Bukan itu sahaja, Xhaka pernah bertengkar dengan penyokong Arsenal ketika dikeluarkan. Kerana tak tahan dicemuh peminat sendiri.

Tetapi dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Xhaka menjadi nadi penting Arsenal dalam proses mereka mendapatkan semula kelebihan untuk mendapatkan kedudukan 4 teratas bagi ke slot UCL musim hadapan. Tidak keterlaluan dikatakan, jika Arsenal ke UCL, Xhaka antara pemain utama dalam kelayakan mereka tersebut dan calon pencabar untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Arsenal.

Kebangkitan Xhaka

Selepas 3 kekalahan berturut turut Arsenal, mereka bangkit menewaskan Chelsea, Manchester United dan kemudian West Ham.

3 pasukan yang menjadi seteru langsung mereka untuk ke UCL musim hadapan.

Dalam perlawanan perlawanan tersebut, Xhaka menjadi nadi penting Arsenal.

Kenapa prestasi Xhaka tiba tiba mencanak naik?

Perubahan sistem pressing

Ini kerana Arteta telah mengubah sistem pressing mereka. Daripada high pressing kepada moderate pressing. Ataupun pressing yang hanya bermula di middle third berbanding terus menekan lawan di final third.

Dengan sistem pressing yang sederhana ini, Xhaka tidak perlu terlalu agresif untuk menekan lawan di atas.

Beliau kini fokus kepada bertahan di zon defensive midfielder. Berbanding naik ke atas dan cuba memenangi bola. Sistem high pressing ini kerap membuat Xhaka serabut kerana dia memiliki bentesan yang lemah dan dia sentiasa memikirkan jika bola terlepas dia sudah meninggalkan ruang di belakang.

Selain itu, prestasi Elneny juga banyak membantu Xhaka. Pemain antarabangsa Mesir itu lebih banyak membantu Xhaka dalam melakukan tugasan bertahan.

Elneny dan Xhaka bermain sebagai double pivot. Dengan Elneny lebih ofensif berbanding Xhaka. Gandingan mereka menjadi faktor penting dalam kebangkitan semula Arsenal.

Xhaka kini berperanan sebagai half back ketika 2 fullback mereka naik ke atas. Berbanding peranan sebelum ini sebagai pemain yang akan menyertai rantaian serangan di belakang no.9.

Peranan ini lebih semulajadi untuk Xhaka. Berbanding dengan taktikal high pressing yang menuntut Xhaka keluar lebih awal ke atas dan perlu lebih cerdas ketika tanpa bola.

Apa yang kita dapat pelajari daripada pengurusan taktikal Arteta. Dia sedar, dia tiada pilihan yang banyak di tengah dari segi hantaran jauh untuk mengubah tempo ataupun untuk menyegerakan serangan balas.

Dia cuma ada Xhaka yang mempunyai kualiti hantaran dan passing range yang sangat baik. Jadi, Arteta mengalah dari segi prinsipnya dalam taktikal demi mendapatkan satu elemen penting yang akan membantu pasukan. Ditambah, Xhaka sangat bagus dalam mengambil bola mati.

Xhaka kini tidak terdedah dengan risiko untuk menerjah awal, ataupun berlari banyak di atas padang.

Dia lebih konvensional di tengah. Kredit juga kepada pemain seperti Odegaard yang sentiasa rajin untuk terhubung dengan Xhaka terutama sekali untuk menerima bola dan menjadi ball carrier.

Ini adalah heatmap Xhaka ketika menentang Liverpool, di mana zon utama dia adalah di zon serangan.

Bandingkan ketika menentang Man United:

Xhaka menjadi MOTM dalam perlawanan ini:

Dan ini ketika berdepan West Ham, di mana Xhaka bermain box to box, namun zon utamanya masih di belakang berbanding di atas:

Baca yang lain