Analisis: Bagaimana Mata Menjadi Solusi Masalah Utama United Dalam Aksi Berhadapan Norwich

Juan Mata merupakan pemain veteran yang masih beraksi untuk Manchester United.

Beliau merupakan missing link yang United harapkan. Namun akibat beliau sudah level veteran memang sukar nak harapkan dia form setiap kali.

Walaubagaimanapun, apabila Mata dalam prestasi terbaik, beliau akan memberikan impak yang besar.

Hal ini kerana beliau menghubungungkan missing link / isu disjointed di antara tengah dan serangan.

Dalam aksi berhadapan dengan Norwich membuktikan kualiti Mata sebagai pemain no.10 yang diperlukan United.

Sebab itu mereka amat kehilangan Pogba yang merupakan pemain penghubung penting kepada barisan serangan.

Tetapi dalam aksi berhadapan dengan Norwich, Juan Mata bermain di posisi pemain sayap. Dia bukan bermain no.10 ye.

Cuma Mata ni letak nombor 10 atau sayap pun dia akan memberikan gaya permainan yang sama, iaitu aktif untuk memberikan servis kepada pemain penyerang.

Solusi masalah taktikal

Apa yang beliau jelmakan di posisi tersebut adalah kreativiti. Ini merupakan masalah besar untuk United dalam beberapa musim ini.

Jadi tak hairanlah sebelum ni rakan saya cakap Bruno Fernandes ni satu keperluan untuk United.

Mata juga menunjukkan, apabila anda ada pemain serangan bertiga seperti dimiliki United, anda perlu menghantar seberapa banyak servis berkualiti ke dalam box.

Ada beberapa pemain tengah United seperti Andreas Pereira kekadang terlalu banyak mainannya.

Statistik Mata

Statistik Mata menentang Norwich memang luar biasa. Beliau memiliki 100% ketepatan hantaran jauh termasuk 2 assist kepada Rashford dan Martial.

Selain tu, Mata juga sangat bagus dalam recovering dengan 100% bentesan bersih. Seterusnya melakukan 6 recoveries untuk pasukannya, yang membawwa kepada 5 transisi permainan.

Beliau secara keseluruhan melakukan 90% hantaran tepat.

Kontra

Namun seperti yang saya katakan di atas, masalah United dengan Juan Mata, pemain ini bukan pemain yang boleh bermain perlawanan setiap minggu dengan impak yang besar secara konsisten.

Tetapi, United boleh menjadikan Mata ini sebagai panduan, jenis pemain yang mereka perlukan di dalam pasukan untuk memastikan serangan bertiga mereka terhubung sebaik mungkin.

Rumusan

Mata sebenarnya pemain yang memiliki kreativiti dan kekemasan permainan yang sangat baik.

Cuma masalah beliau adalah konsistensi sebab faktor usia. United terlalu tidak drastik dalam mencari pengganti bakat seperti ini di dalam pasukan kerana memikirkan Mata masih ada sesuatu untuk diberikan.

Ya, memang ada, namun beliau bukan pemain yang boleh bermain 30 perlawanan setahun setahun.

Dari segi kreativiti, apabila Mata on form, beliau akan menambahkan kualiti pemain di sekitarnya. Itulah kelebihan pemain ini.

Jadi, Juan Mata ini adalah pemain back up yang sangat bagus. Tetapi apabila beliau menjadi sandaran utama, ianya bukan sesuatu yang memberikan jaminan.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di