Analisis: Bagaimana Taktik ‘Orang Ketiga’ Arteta Menjadi Senjata Pemusnah

Ketika Arteta mendapatkan Gabriel Jesus, dia menyatakan bahawa, sebab utama dia menandatangani pemain itu kerana dia suka menyibuk dan menjadi orang ketiga.

Kita lihat dari konteks bola sepak ye, bukan cerita jiran dan rumah tangga.

Jesus memiliki sikap yang suka terlibat dan menyibukkan diri di atas padang. Dia akan berlari sepanjang masa mengganggu pertahanan lawan.

Ini antara contoh bagaimana dia sentiasa menyibukkan dirinya untuk memenangi bola ketika berdepan Spurs.

Seterusnya adalah, dia boleh menjadi pemain ketiga yang bergerak tiba tiba ataupun third man running. Pemain yang muncul dari belakang dan menerima bola dari blind spot.

Dalam aksi berdepan dengan Liverpool, Gabriel Martinelli menunjukkan bagaimana gol pertama terhasil dengan taktikal orang ketiga ini.

Ketika perhatian diberikan kepada Gabriel Jesus sebagai pemain yang berpotensi menerima bola, Martinelli terus bergerak dari belakang Trent Alexander Arnold.

Dalam sukan seperti NBA gerakan ini digelar gerakan dari pintu belakang atau backdoor. Ya memang macam kisah rumah tangga juga bunyinya. Orang ketiga masuk dari pintu belakang.

Namun Martinelli dan Jesus bukan hanya 2 pemain yang aktif dengan sistem ini.

Peranan Granit Xhaka

Xhaka memberikan kestabilan dan juga kelebihan numerical kepada Arsenal ketika menyerang dan bertahan.

Dia menjai extra man ketika menyerang dan menjadi extra defender ketika bertahan.

Sehinggakan Xhaka seperti pemain box to box di atas padang. Dia juga banyak membantu Tomiyasu bertahan untuk mengekang ancaman Trent Alexander Arnold dan Mohamed Salah.

Dalam aksi berdepan Spurs dia berkeliaran di luar kotak penalti dan hasilnya dia mendapat gol.

Serangan balas Arsenal

Satu lagi senjata ampuh Arsenal adalah serangan balas. Mereka bukanlah pasukan yang terlalu laparkan penguasaan bola apabila berdepan dengan pasukan Liverpool.

Mereka bergantung kepada serangan balas berkesan untuk menyakitkan Liverpool.

2 gol pertama mereka adalah daripada serangan balas yang kemas dan cantik.

Walaupun selepas gol pertama Arsenal, sistem serangan balas mereka tidak berfungsi sebaiknya sehinggalah gol kedua Saka.

Ianya difahami kerana Liverpool bermain dengan gegenpressing. Klopp sendiri menyatakan bahawa, walaupun pasukannya tidak berada dalam tahap terbaik berbanding Arsenal, namun seperkara yang positif daripada perlawanan ini adalah, Liverpool masih dapat menyakiti dan memberikan masalah kepada Arsenal.

Mentaliti berbeza

Arsenal kini berada dalam mentaliti berbeza berdepan dengan pasukan big six. Walaupun mereka kalah menentang Man United, namun mentaliti pemain pemain mereka lebih kuat berdepan dengan pasukan yang berada pada status kelab besar.

Dalam aksi berdepan Spurs sebelum ini mereka menunjukkan bahawa mereka memiliki karakter yang lebih baik terutama sekali di kalangan pemain pemain muda mereka.

Ben White sendiri mengakui bahawa Arsenal yang hari ini bukanlah Arsenal yang sebelumnya.

Adakah Arsenal pencabar kejuaraan?

Ya! Dengan kualiti pasukan yang ada dan mentaliti yang mereka miliki. Musuh Arsenal hanyalah Arsenal sendiri. Mereka harus mengelak isu di luar padang dan menjaga keharmornian bilik persalinan. Ini sangat penting.

Kerana perkara perkara seperti ini boleh mempengaruhi aksi di atas padang.