Analisis: Bagaimana United Membuang Peluang Menjadi Juara Perisai Komuniti Dan ‘Memberikannya’ Kepada City

Erik Ten Hag adalah orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan di atas kekalahan Man United dalam Perisai Komuniti 2024.

Ini kerana dia telah menyediakan pelan taktikal yang sangat baik dalam perlawanan ini. Membuatkan Pep Guardiola hampir menggigit jari.

Ten Hag bermain dengan sistem False 9 kerana kecederaan Hojlund. Ten Hag memberikan kepercayaan kepada orang yang betul untuk bermain sistem itu iaitu tactical minded player, Bruno Fernandez.

Bruno bermain sangat baik dalam sistem ini dan menjadi ancaman utama kepada Man City,

Dia turut mencipta assist kepada Garnacho. Statistik ini hanya gambaran kepada prestasi Fernandes. Kerana secara holistik, pengaruhnya dalam taktikal Ten Hag lebih besar.

Misalnya, dia segera flush bola ke tepi kepada Garnacho yang kemudian menghantar bola kepada Rashford untuk 1 lawan 1.

Tetapi sayang Ahli Mangku Negara Cawangan Britain itu gagal menyempurnakan peluang 1 lawan 1 tersebut.

Itu antara masalah United dalam perlawanan ini, di mana mereka banyak mempersiakan peluang untuk mengatasi lawan mereka.

Selepas Garnacho mencetak gol pertama, intensiti dan disiplin taktikal United sekali lagi bermasalah sama seperti masalah mereka beberapa kali musim lalu.

Dan mereka dihukum oleh pemain yang berbadan kecil yang menjaringkan gol dengan tandukan.

Tak cukup dengan itu, pada penentuan sepakan penalti mereka memiliki kelebihan sejak awal lagi ketika Bernardo Silva gagal dalam penalti pertama City. Boleh pula Jadon Sancho gagal dalam tugasannya dan akhirnya mereka bergantung kepada pemain center back ketika sudden death. Akhirnya kalah.

Ulasan di sini:

@axello_tacts

Erik Ten Hag adalah orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan di atas kekalahan Man United dalam Perisai Komuniti 2024. Ini kerana dia telah menyediakan pelan taktikal yang sangat baik dalam perlawanan ini. Membuatkan Pep Guardiola hampir menggigit jari . Masalah teknikal adalah masalah utama bukannya taktikal membuatkan United membuang peluang keemasan untuk menjulang Perisai Komuniti dan tiba tiba menyerahkannya kepada City Ini analisis ringkasnya.

♬ original sound – Axello Tacts – Axello Tacts

Baca Juga: Manchester City Juara Perisai Komuniti Atasi Man United

Manchester City akhirnya tamatkan badi mereka dalam Perisai Komuniti setelah 3 kekalahan sebelum ini dalam pentas yang sama.

Manchester United berhadapan dengan Manchester City dalam Perisai Komuniti 2024 di Wembley. Kedua dua pasukan sebelum ini berentap dalam final Piala FA beberapa bulan lalu, dengan keputusan memihak kepada skuad bimbingan Erik Ten Hag.

Manchester United dan Manchester City agak bergelut pada separuh masa pertama. Di mana kedua dua pasukan gagal menghadirkan sebarang percubaan tepat.

Pada separuh masa kedua, aksi lebih rancak, dengan dua pemain gantian mencetak gol.

Pertamanya menerusi Alejandro Garnacho pada minit ke-82, setelah dia mendapat peluang melakukan cut back dan membidik bola tepat menewaskan Ederson.

Tetapi sebelum wisel penamat, Bernardo Silva menyamakan kedudukan menerusi free header. Sebelum gol itu Silva dilayangkan kad kuning kerana membentes Garnacho.

Perlawanan terus ke penentuan penalti setelah terikat 1-1. Kerana format Perisai Komumiti yang tiada masa ekstra 30 minit.

Dalam penentuan penalti, Man United berpeluang untuk menang bersih, setelah Bernardo Silva melakukan penalti yang diselamatkan oleh Onana.

Namun begitu Jadon Sancho gagal menyempurnakan penaltinya. Penentuan penalti ke sudden death. Jonny Evans pula gagal dalam tugasannya. Dan Akanji menjadi wira Man City untuk kemenangan ke atas jiran mereka itu.

Ini adalah kejayaan pertama Man City dalam Perisai Komuniti setelah 3 kekalahan berturut turut sebelum ini.

https://x.com/Squawka/status/1822305556645679460

Skuad Pep Guardiola akan sekali lagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris milik mereka apabila musim bermula tidak lama lagi.

Sementara Man United masih aktif memburu pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan mereka.