Analisis: Bagaimana Werner Dan Lukaku Boleh Membentuk Gandingan?

Lukaku akan kembali semula ke Chelsea. Dan beliau merupakan pemain sasaran utama Tuchel pada jendela perpindahan kali ini.

Terdapat persoalan, bagaimana dengan masa depan Werner?

Werner mungkin akan menjadi pemain sayap seperti mana kebanyakan aksi beliau musim lalu. Ataupun duduk di bangku simpanan, menjadi depth kepada Lukaku.

Itu semua adalah kemungkinan yang jelas.

Satu lagi kemungkinan yang boleh adalah wujudnya sistem dengan dua no.9 terutama sekali 4-4-1-1 dengan menggandinkan Werner dan Lukaku.

Werner mirip dengan corak permainan Lautaro Martinez. Pemain poacher moden yang laju.

Dalam satu temuramahnya, Werner menyatakan: “Lukaku mungkin salah seorang daripada tiga penyerang terbaik di dunia pada ketika ini. Di Leipzig, ianya akan sentiasa membantu saya dengan adanya penyerang berbadan besar di sebelah saya.”

“Saya bukan pemain yang besar, dan apabila kamu bermain dengan cara kami sendiri, jelas sekali kamu akan menjadi perhatian daripada seorang atau dua orang pertahanan yang keras.”

Salah satu kekuatan Werner adalah pada lariannya. Beliau mempunyai larian memecahkan pertahanan yang baik. Dia suka menarik pertahanan keluar dan mengekorinya.

Misalnya dalam situasi di bawah ini, dia menarik pertahanan ke tepi untuk memboleh Ziyech memiliki ruang di tengah. Pada situasi ini gol terhasil.

Saksikan bagaimana pergerakan itu memberikan impak:

Seterusnya, off ball running paling mahal oleh Werner pastinya ketika membuka ruang kepada Havertz untuk gol kejuaraan UCL Chelsea pada musim lalu.

Ini bukan kebetulan, tapi kepakaran. Sudah banyak kali beliau melakukannya.

Lautaro Martinez antara pemain yang membuatkan Lukaku menjadi beast di Inter Milan kerana sikapnya yang tidak mementingkan dirinya.

Kedua dua pemain saling melengkapi di antara mereka. Di mana Lautaro akan sentiasa berlegar menunggu bola kedua, manakala Lukaku cuba memenangi bola pertama.

Selain itu, larian yang mampu mengucar kacirkan lawan ini juga akan boleh menyumbang sesuatu kepada Lukaku kerana pemain itu sukakan gerakan kombinasi seperti ini:

Aset larian dan corak permainan Werner sebenarnya masih boleh digunakan oleh Chelsea untuk membentuk gandingan dengan Lukaku.

Namun situasinya kini, Tuchel mungkin lebih prefer kepada sistem attacking 3. Dan ini akan membuatkan Werner bermain di bahagian sayap.

Werner pemain yang bagus, cuma musim lalu terlalu banyak miss yang bukan bukan daripada beliau. Dari segi pemposisian beliau sangat cantik.

Adakah anda rasa Lukaku dan Werner akan menjadi gandingan yang bagus seperti Lu-La?