Analisis: Belanda-Austria Dipenuhi Dengan Isu Hantaran Dan Produk Akhir

Belanda 2 Austria 0

Memphis Depay m11 (pen), Denzel Dumfries m67

Kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang dan pantas namun kurang mencipta peluang untuk menghasilkan percubaan.

Selepas 20 minit permainan, hanya terdapat 2 percubaan, 1 tepat oleh Belanda. Percubaan tepat tunggal itu adalah sepakan penalti.

Gol penalti dari Memphis Depay memisahkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan tanpa percubaan tepat dari permainan terbuka. Ia merupakan jaringan ke-27 Depay bersama Belanda.

Kedua-dua pasukan gagal memecah masuk atau menghantar bola kedalam kotak penalti lawan.

Belanda dan Austria menggunakan 2 penyerang berkembar namun tidak terlalu efektif di barisan hadapan, tanpa hantaran dari pemain belakang.

Pertahan kiri Autria, Andreas Ulmer merupakan pemain paling kerap cuba memecah blok pertahanan Belanda namun secara keseluruhan belum memperbaiki isu kreativiti serangan pasukannya.

Memasuki minit ke-40 Belanda mula memperbaiki isu create chances tetapi mempunyai masalah di final product.

3 peluang dicipta dalam tempoh kurang 4 minit menyaksikan Depay melepaskan peluang dengan menolak keluar bola selepas menerima hantaran cantik dari Wout Weghorst.

Kemudian percubaan lemah Georginio Wijnaldum ditampan oleh pertahanan lawan. Depay sekali lagi tidak serius melakukan percubaan jarak dekat yang dihadang oleh lawan.

45 minit: Percubaan Belanda 6(1), Austria 2(0)

“Mereka (Belanda) tidak bermain dengan baik dengan kemampuannya dan jangkaan kita. Tetapi mereka masih mengawal (permainan). – ulas bekas pemain Belanda, Hasselbaink kepada BBC Sport pada masa rehat

Baca juga

Analisis: Peranan Jason Denayer Buruk, Belgium Diselamatkan Oleh Aksi Genius De Bruyne

Belanda gagal menggandakan pendahuluan apabila sentuhan akhir dari Weghorst berjaya ditampan oleh pertahanan Austria.

Peluang yang dicipta dari sepakan sudut minit ke-63 singgah ke kepala De Ligt dan diselamatkan oleh penjaga gol Austria, Danial Bachmann sebelum jatuh ke kaki Weghorst.

Percaturan Frank De Boer menukar 3 pemain serentak pada minit ke-64 membuahkan hasil.

Gerakan bermula dari Depay yang menghantar bola kepada pemain yang baru masuk Donyell Malen, pemain ini melakukan final pass kepada Denzel Dumfries.

Dumfries hanya menolak bola masuk kedalam gawang ketika Bachmann sudah diperdaya oleh Malen. (2-0)

Jaringan ke-2 itu memadam isu yang sebelum dihadapi Belanda itu iaitu final pass dan final product buruk.

Overplay dari Wijnaldum dan keputusan Malen melakukan percubaan liar pada masa kecederaan berbanding melakukan hantaran menutup perlawanan yang dipenuhi dengan isu final passes teruk.

“Mereka (Belanda) tidak terlalu menekan (berusaha) dalam semua sudut. Belanda kuat dan banyak mencipta peluang pada babak pertama. Apa yang merisaukan saya, anda perlu lebih kritis dan mereka perlu lebih klinikal. Anda perlu rebut semua peluang.” kata Hasselbaink selepas tamat perlawanan

90 minit: Percubaan Belanda 14(3), Austria 8(1)

Pemain terbaik: Denzel Dumfries (Belanda)