Analisis Bruno Fernandes vs Everton: Masterclass Seorang Maestro, Sanggup Lupakan Hatriknya

Bruno Fernandes menjadi pembelian terbaik Man United sejak berakhirnya era Alex Ferguson. Itu sudah jelas dan pasti berdasarkan impak dan pengaruhnya di atas padang serta harga yang dibayar Man United.

United banyak melakukan kesilapan dalam beberapa musim ini namun Fernandes adalah perkara terbaik yang ada mereka miliki dalam tempoh itu.

Man United turun berdepan dengan Everton dalam aksi EPL dalam sepak mula awal. Tekanan terasa di wajah Ole yang dilaporkan boleh hilang mandat kalau kalah perlawanan ini.

Man United bermula baik dalam perlawanan ini. Namun Everton mendahului terlebih dahulu menerusi Bernard.

De Gea sekali lagi tertewas dengan mengejutkan, di near post pula tu.

Respon United dan Fernandes

Perkara yang sangat bagus dalam perlawanan ini adalah respon Man United. Ya sebelum ini mereka memberikan respon juga dalam aksi berdepan dengan Istanbul Basaksehir namun bezanya kualiti di depan gol.

Bruno Fernandes terus membuktikan dia adalah pemain terpenting Man United sejak dia menyertai mereka Januari lalu.

Gol pertama adalah kerana Fernandes meletakkan dirinya di posisi terbaik. Walaupun dia pemain tengah tetapi dia ada naluri posisi poacher yang bagus di dalam kotak penalti.

Shaw menghantar bola yang baik dan pertahanan Everton shut down teruk masa tu.

Bruno melakukan tandukan kilas dan masuk.

Gol itu bermakna Bruno Fernandes menjaringkan gol ke-100 di peringkat kelab untuk kariernya.

Paling menarik, dia mencapai 50 gol terakhir itu jauh lebih cepat daripada 50 yang pertama. Gol itu juga yang ke-17 bersama dengan Man United.

Gol kedua Fernandes agak nakal. Ianya adalah half cross dan terus masuk.

Rashford cuba mengklaim gol itu namun pegawai perlawanan memberikannya kepada Fernandes.

Tidak terhenti di situ, Fernandes dengan rasa rendah hati dan tidak tamak telah menghantar bola kepada Cavani dalam kedudukan dia boleh mencetak hatrik.

Assist itu memberikan Cavani gol pembuka akaun di Man United. Fernandes tahu Cavani lebih memerlukan gol daripadanya.

Perlawanan ini jelas sekali milik Fernandes dengan aksi maestro yang bergaya dan berjiwa besar.

Beliau melakukan 6 shots dalam perlawanan ini, 3 adalah on target.

 

Beliau juga sangat membantu ketika bertahan dengan 4 kali melakukan recoveries dan 3 bentesan dilakukannya.

Walaupun beraksi teruk dalam aksi sebelum ini dengan 34 kali hilang bola, Fernandes cepat move on dan bangkit dengan menjadi pemain paling banyak menyentuh bola dan terlibat dengan aksi dalam perlawanan ini.

Malah selepas tamat perlawanan dia tidak memikirkan soal gol kedua itu dan berkata Rashford boleh memilikinya. Dia tiada masalah dengannya.

Classy!

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang