Analisis: Chelsea Bergelut Dengan Gameplay Dan Tak Penetratif

Ini mungkin antara game paling banyak neutral passes dan movement daripada Chelsea.

Chelsea menggunakan formasi kegemaran mereka dalam perlawanan ini. Everton tampil dengan rigig 4-4-2 di bawah kendalian jurulatih baharu โ€“ interim โ€“ Duncan Ferguson.

Legend tu.

Isu utama Chelsea dalam game ni adalah overplay yang merencatkan aksi teamplay. Pemain melakukan extra touches yang agak banyak dalam perlawanan ini.

Mereka menguasai 76% perlawanan separuh masa pertama tetapi hanya melakukan 4 shot on goal dan hanya 1 on target.

Mereka memang sangat dominan dalam game ni tetapi tiada ketajaman.

Secara asasnya Everton bermain basic football yang klasik. Ambik korang. Dahlah basic, klasik pula tu.

Mereka kompak dengan 4-4-2. Dan agresif bertahan gaya Inggeris. Korang bayangkan mereka melakukan 37 bentesan / tackles dalam game ni. Paling banyak dilakukan team EPL sejak 2016/17.

Chelsea pada hari ini, jelas sekali gagal menterjemahkan gameplay mereka di atas padang. Walaupun penguasaan tinggi mereka sebenarnya banyak stuck di tengah dan gagal untuk lebih dominan di final third.

Dan jumlah backpasses pasukannya Chelsea kau tengok yang biru tu.

Ini yang membuatkan mereka tidak cukup penetratif walaupun ada penguasaan bola yang banyak dalam perlawanan ini.

Tidak banyak ciptaan clear cut chances dalam perlawanan ini. Mereka juga melakukan beberapa siri kesilapan ketika bertahan.

Seterusnya isu mentaliti juga harus digariskan oleh Chelsea. Mereka pasukan yang masih gagal bangkit daripada ketinggalan dan menang.

Pasukan seperti Chelsea seharusnya ada kemampuan untuk mengendali tekanan dalam keadaan ketinggalan dan comeback untuk menang.

Rumusan

Memang jelas hanya ada satu pasukan sahaja yang layak menang iaitu Everton. Aksi Chelsea kali ini sangat hambar pada pandangan saya.

Sebab saya jangkakan mereka akan energetic seperti biasa. Dan malam ini mereka gagal.

Chelsea banyak penguasaan bola namun gagal menukarkannya kepada sesuatu yang berkualiti.

Pemain terbaik pada hari ini pastinya Dominic Calvert Lewin. Beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Syabas juga kepada Duncan Ferguson yang menang dalam aksi sulung bersama Everton. Lawan pasukan big 6 pula tu.

Baca yang lain