Analisis: Chelsea Perlukan Penyerang Ataupun Winger?

Jawapan dia ya!

Tapi jenis macamana mereka perlukan?

Chelsea sebenarnya memerlukan penyerang kelas A. Maksudnya bukan penyerang untuk Squad depth. Tammy Abraham sudah membuktikan keprolifikan beliau musim ini.

Namun ia bukan bermakna Chelsea perlu membeli pemain untuk back up Abraham. Mereka perlu sign pemain lebih bagi daripada Abraham.

Chelsea dikaitkan dengan dua nama pada jendela kali ini iaitu Timo Werner dan juga Edinson Cavani.

Di antara dua nama ni rasanya Timo Werner lebih senang daripada Cavani mereka nak dapat.

Ini kerana Cavani meletakkan syarat terlalu jauh tinggi jika Chelsea nak dia. Sebab Cavani nak sertai Diego Simeone di Atletico.

Pemain itu sudah menghantar transfer request kepada PSG.

Namun situasinya Chelsea sukar nak menuruti syarat pemain yang tu. Dengan baki kontrak 6 bulan lagi beliau meminta gaji £350,000 seminggu (ni ok untuk free agent). Namun dia nak dalam £25 juta bonus Atas tandatangan / signing fee.

PSG menyatakan mereka nak at least £15 Juta kalau ada kelab nak pemain itu pada sekarang.

Situasi di Jerman, Timo Werner masih belum menandatangani sebarang lanjutan kontrak di RB Leipzig dan pasukan seperti Liverpool sudah menjelaskan mereka tak akan menandatangani pemain itu jika dia mahukan jaminan tempat dalam kesebelasan utama.

Bayern Munich juga dilaporkan menarik diri daripada memburu Werner dan fokus mereka untuk membawa Leroy Sane.

Chelsea musim ini bergelut dengan isu penyudah. Mereka bergantung kepada Abraham.

Dan pemain itu juga masih dalam proses pembangunan. Amat sukar nak blame dia. Dengan rekod gol yang dia ada, dia telah melakukan tugasnya dengan baik.

Bagaimana dengan bahagian sayap?

Selain itu, masalah Chelsea lebih besar di bahagian sayap. Sistem permainan hari ini dengan seorang penyerang no.9. Ini bermakna Lampard perlukan prolific winger.

Willian memang kita dah jangka dia jenis on off persembahan dia. Seterusnya Pulisic masih gagal mendapatkan rentak yang terbaik dalam pasukan ini.

Callum Hudson Odoi juga sama skrip dengan Pulisic.

Jelas sekali mereka lebih memerlukan pengganti Hazard berbanding dengan pemain no.9.

Ya no.9 tu perlu tetapi seorang pemain sayap berkelas dunia juga diperlukan.

Hazard walaupun dia bukan winger yang 20-30 gol semusim namun dia adalah game changer. Dia terlibat banyak dalam gol secara direct iaitu sama ada skor atau assist. Itu beza dia.

Jadi untuk perpindahan kali ini, nampaknya Chelsea sukar untuk mendapatkan pemain. Aku expect mereka akan carry on dengan team sedia ada.

Lampard akan tegaskan kualiti di pusat latihan.

Sebab nak beli winger satu hal, nak offload pun satu hal kan?

Januari memang bukan masa yang bagus nak spending.

Tetapi mereka kelihatan bakal melepaskan Giroud. Maka depth player mereka pun mengecil sekarang ni.

Kalau anda di tempat Lampard, pening nak ejas ni.

Rumusan

Chelsea memerlukan seorang winger elit dan seorang penyerang 20-30 gol semusim. Namun ia mungkin akan dibeli untuk musim hadapan.

Jika ada panic transfer, rasanya mereka akan buat dengan pemain tak terlalu mahal.

Bagi aku kalau Chelsea tamatkan musim dengan top 4, team ini dikira sangat berjaya. Dan mereka mendapat manfaat juga team macam United dan Spurs selalu drop mata bila mereka drop.

Korang rasa macamana?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di